KUALA LUMPUR 26 APRIL: Pengundian Pemilihan PKR 2014 yang bermula peringkat pertama hari ini melibatkan tiga negeri Pantai Timur – Kelantan, Terengganu dan Pahang serta Sarawak.
Pengundian seterusnya diadakan esok, 27 April di Johor, Melaka dan juga bersambung di Sarawak.
Berikutnya pada 3 Mei nanti, untuk anggota di Kedah, Perlis dan Sabah.
Lokasi seterusnya diteruskan di kawasan Pulau Pinang, Perak dan Sabah pada 4 Mei.
Kemudian 10 Mei, giliran anggota Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula.
Pengundian akan berakhir di Selangor pada 11 Mei.
Seramai 496,293 daripada 500,000 anggota parti layak mengundi pada pemilihan kali ini.
Sebarang maklumat mengenai Pemilihan KEADILAN, semakan keahlian, semakan senarai calon, atau penjelasan mengenai peraturan dan etika pemilihan boleh diikuti di laman sesawang https://pemilihan2014.keadilanrakyat.org).