Categories
NASIONAL

Rafizi: “Berjawatan atau tidak dalam parti, takkan ubah perjuangan saya”

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 8 APRIL: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan kedudukan beliau dalam parti itu tidak akan mengubah pendirian dan fokus beliau untuk terus memperjuangkan isu rakyat.

Rafizi berkata, beliau akhirnya mengambil keputusan untuk bertanding merebut salah satu kerusi Naib Presiden PKR atas kesedaran bahawa rakyat memerlukan seorang pemimpin yang mampu membawa aspirasi rakyat

“Saya selalunya bukan jenis berminat dengan jawatan parti kerana kini sudah memegang jawatan dan ia tidak banyak berbeza.

rafizi-TI-01“Setahun dari sekarang dengan kemungkinan keputusan mahkamah ke atas saya tidak akan memberi kesan secara peribadi dalam parti atau karier politik,” katanya pada Majlis Pelancaran Kempen Masa Depan Bersama di Hotel Media, Tropicana, di sini, hari ini.

Hadir sama dalam majlis itu adalah Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution yang menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dan Nurul Izzah Anwar yang cuba mempertahankan jawatan Naib Presiden yang disandangnya.

Rafizi juga mengingatkan calon yang menawarkan diri dalam sebarang jawatan pada pemilihan kali ini tidak hanya menumpukan soal dalaman parti, sebaliknya turut fokus kepada isu rakyat yang lebih menyeluruh bersesuaian dengan perjuangan PKR tanpa mengira idealogi politik atau kelompok tertentu sahaja.

“Saya dari dulu mengambil pendirian seharusnya pemilihan dalam parti politik tidak boleh hanya berkenaan parti itu sendiri kerana ia wujud dalam usaha memperjuangkan sesuatu untuk rakyat. PKR sendiri adalah suatu gagasan yang besar kepada rakyat,” katanya.

nurul izzah anwarKatanya, ahli parti yang bakal mengundi nanti juga harus memilih pemimpin yang mampu membawa aspirasi rakyat secara keseluruhan berdasarkan rekod perjuangan yang dimiliki mereka.

“Apa sebab sebenar kita berada dalam politik? Kita berada dalam politik adalah untuk membebaskan rakyat dan Malaysia daripada korupsi Barisan Nasional (BN),” katanya.

Rafizi juga menegaskan bahawa beliau, Datuk Saifuddin Nasution dan Nurul Izzah yang dinamakan sebagai ‘Kempimpinan Bersama Barisan Pemimpin Masa Depan’ akan menumpukan kepada membawa agenda rakyat dalam pemilihan kali ini.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.