Categories
SELANGOR

Selangor komited laksanakan Pek Integriti

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 15 APRIL: Kerajaan Negeri komited menerapkan konsep integriti bagi kakitangan Kerajaan Negeri dan syarikat milik Kerajaan Negeri.

Ini berikutan integriti merupakan aspek penting bagi memastikan sesebuah organisasi dapat berjalan dengan lancar, bersih rasuah dan telus.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, langkah yang diambil Kerajaan Negeri dengan mewujudkan ‘Pek Integriti’ yang perlu ditandatangani pegawai Kerajaan Negeri.

dns“Kerajaan Negeri sudah mula memasukkan konsep Pek Intergriti itu dengan pegawai kanan dan perkara ini akan mengambil masa sebab perlaksanaannya bukan sekadar tandatangan sahaja.

“Mengubah budaya kerja memang memakan masa. Kita tidak boleh menganggap sekadar memakai lencana integriti sudah memadai,” kata Abdul Khalid.

Abdul Khalid berkata demikian ketika menyambung penggulungan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2014 di Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Abdul Khalid turut memberi contoh Nabi Muhammad S.A.W berjaya mengubah pemikiran Arab Jahiliah dengan mengambil masa berpuluh tahun.

“Negara Jepun juga mengambil masa 200 tahun untuk berjaya mengubah budaya kerjanya bukan satu masa yang singkat,” kata beliau lagi.

Kata Abdul Khalid lagi perlaksanaan konsep Pek Integriti akan dijalankan dalam dua peringkat iaitu peringkat anak syarikat Kerajaan Negeri dan kakitangan awam Kerajaan Negeri.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.