Categories
SELANGOR

SUKMA Perlis: Melampaui garisan politik, Perlis alukan kontinjen Selangor

Oleh: NAZLI IBRAHIM

BANGI 10 APR: Temasya Sukan Malaysia ke 17 Perlis (SUKMA XVIII Perlis 2014) boleh dijadikan landasan terbaik bagi mengeratkan silaturahim antara Kerajaan serta rakyat Selangor dan Perlis, kata Pengerusi Jawatankuasa Penajaan SUKMA XVIII Perlis 2014, Sabry Ahmad.

Sabry yang juga Exco Kerajaan Negeri Perlis berkata, walaupun Perlis dan Selangor ditadbir berlainan parti politik, namun masing-masing mempunyai misi sama bagi memajukan sukan negara.

Maskot Sukma Perlis“Sukan ini sememangnya buta politik sebab itulah dalam sukan tiada sempadan politik.

“Walaupun kita bersaing dalam sukan tetapi hubungan siratulrahim antara kerajaan dan rakyat dua negeri bertambah erat.

“SUKMA bukanlah milik Perlis tetapi milik semua rakyat tanpa mengira politik, kami cuma penganjur kali ini,” kata Sabry ketika ditemui Selangor Kini di Kelab Golf Danau di sini.

DSC_8563Kata Sabry lagi, Perlis selaku penganjur SUKMA XVIII Perlis 2014 mangalu-alukan kedatangan kontinjen dan para penyokong Selangor di temasya yang berlangsung dari 24 Mei hingga 4 Jun nanti.

“Kehadiran orang Selangor tentu memeriahkan temasya kali ini dan bukan sekadar bersukan, ini juga peluang merasai keenakkan mangga harum manis yang kebetulan jatuh pada musimnya,” kata beliau lagi.

Perlis yang kali pertama menjadi tuan rumah SUKMA akan mempertandingkan 24 acara dengan melibatkan kira-kira 8,000 atlet serta 2,000 pegawai.

Sementara itu dalam Program Jelajah Promosi SUKMA XVIII Perlis 2014 yang diadakan di Kelab Golf Danau Bangi satu pertandingan golf turut diadakan.

Pertandingan itu dimenangi Patrick Tan Wah Yew yang membawa pulang hadiah televisyen LCD Sharp 32 inci dan piala kemenangan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.