Categories
SELANGOR

SUKMA Perlis: Selangor alukan kerjasama Selangor-Perlis demi sukan negara

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 11 APR: Kerjasama Selangor-Perlis yang sedia terjalin mampu dipereratkan lagi melalui kerjasama dalam membangunkan sukan negara ini.

Exco Belia dan Sukan Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata landasan terbaik untuk berbuat demikian apabila Perlis berjaya mendapatkan hak penganjuran Sukan Malaysia kali ke 17 (SUKMA XVIII 2014 Perlis) Mei nanti.

Maskot Sukma Perlis“Kita melihat sukan ini melampaui batasan politik sebab itu bila SUKMA dianjurkan negeri bukan dikuasai Pakatan Rakyat (PR), kita tetap menghantar jumlah atlet yang tinggi untuk sertai semua acara yang dipertandingkan.

“Dalam promosi SUKMA oleh Menteri Besar Perlis dan Jawatankuasa penganjuran SUKMA tiga hari lepas kita juga beri kerjasama untuk mempromosikan SUKMA kali ini.

“Kerjasama lain antaranya ada atlet kita berasal dari Selangor, kita beri kebenaran untuk Perlis gunakannya dan begitu juga atlet dari Perlis yang menetap di Selangor mewakili Selangor,” kata Dr Ahmad Yunus ketika dihubungi Selangor Kini di sini hari ini.

Dr yunus pic mza1Kata Dr Ahmad Yunus melalui kerjasama dua negeri itu, sukan dapat dibangunkan dari peringkat negeri, kebangsaan sehinggalah ke peringkat antarabangsa.

“Tahniah kepada Perlis walaupun sebuah negeri yang agak kecil tetapi saya dimaklumkan prasarana untuk SUKMA sudah 95 peratus siap.

“Ini adalah cabaran kepada penganjur. Bagaimanapun saya rasa Insya-Allah mereka dapat atasi, cuma saya harap Perlis dapat buat beberapa penambahbaikan berdasarkan kejadian dalam SUKMA yang lepas-lepas khususnya isu keselamatan dan lebih-lebih lagi Perlis hampir dengan sempadan Thailand,” kata Dr Ahmad Yunus lagi.

Dalam SUKMA XVIII 2014 Perlis, Selangor akan menghantar kontingen seramai 560 atlit dengan mensasarkan sekurang-kurangnya 50 pingat emas bagi mempertahankan kejuaraan SUKMA 2013.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.