Categories
NASIONAL

Tian: Tindakan Polis rampas telefon tidak wajar

Oleh: AFIX REDZUAN

SENTUL 15 APRIL : Ahli Parlimen Batu, Tian Chua membidas tindakan anggota keselamatan yang didakwa kumpulan polis ekoran serbuan rampasan mengejut terhadap telefon bimbit beliau di Hotel Armada semalam.

Katanya, seorang daripada anggota kumpulan berkenaan menunjukkan beberapa keping kertas yang dikatakan waran geledah kepadanya namun beliau tidak sempat untuk membacanya kerana telefon beliau telah dirampas terlebih dahulu.

GN140415zatM06“Saya berdiri dihadapan beberapa kereta yang tertera logo polis supaya mereka keluar berbincang secara baik.

“Saya terkejut dengan tindakan berkenaan tidak sempat untuk melihat waran geledah itu.

“Itu bukan satu tindakan (merampas) bahan bukti. Saya tidak pernah baca waran tangkapan dari pihak polis sebaliknya saya mengganggap itu sebagai satu rampasan,” katanya kepada media.

Tian yang kesal dengan tindakan berkenaan hadir pada jam 2.40 petang ke IPD Sentul bagi membuat laporan polis diatas tindakan melanggar prosedur merampas gajet beliau.

Jelasnya, rampasan ini mungkin ada kaitan dengan keterangan yang diberikan di Balai Polis H.S Lee bulan lalu di bawah Akta Hasutan berhubung satu kenyataan di laman Twitter.

Posting berkenaan mendakwa Tian menyebut ‘Sekiranya Najib memenjarakan Datuk Seri Anwar selama lima tahun, rakyat akan jatuhkan Najib dalam tempoh lima bulan’.

Dalam soal siasat bulan lalu, Ipad milik Tian telah dirampas dan sehingga kini masih belum dipulangkan selain tiada sebarang maklum balas mengenai hasil siasatan berkenaan.

Semalam sepasukan polis berpakaian preman bertindak demikian pada kira-kira jam 8 malam semasa beliau sedang bertemu seorang kawannya di kafeteria Hotel Armada, Petaling Jaya.

Beberapa jam sebelum polis merampas alat elektronik berkenaan, Chua menulis mengenai Black 14, yang merujuk kepada tarikh 14 April 1999 apabila Anwar disabitkan kesalahan untuk kali pertama atas tuduhan rasuah.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.