Categories
NASIONAL

Umno-BN semakin lemah urus ekonomi negara

SHAH ALAM, 9 APRIL: Kajian yang dilaksanakan The Malaysian Insider menunjukkan ramai rakyat negara ini merasakan pencapaian kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) sangat lemah dalam mengendalikan ekonomi negara.

Kajian itu juga memperlihatkan lebih separuh daripada 1,005 responden menyifatkan pencapaian BN sejak Pilihan Raya Umum ke-13 sebagai ‘sangat lemah’ manakala 45 peratus menyifatkan parti utamanya Umno sebagai lemah.

Responden berkata, parti pemerintah itu gagal mengendalikan kos sara hidup atau mengendalikan hal ehwal ekonomi, menunjukkan kepimpinan yang negatif, gagal melaksanakan janji pilihan raya dan menguruskan rasuah.

undi-bn-endHanya 31 peratus responden yang dihubungi melalui telefon merasa BN yang menang dengan majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 melakukan kerja dengan cemerlang, manakala selebihnya tidak pasti atau enggan memberi komen.

Sekali lagi responden Cina sepakat tidak memberi sokongan kepada BN, manakala Melayu memberikan lebih sedikit sokongan kepada BN.

Pengundi bandar dan luar bandar berkata, mereka kecewa dengan pencapaian BN membabitkan 53 peratus daripada responden berumur 21 hingga 40 tahun menyifatkan BN sebagai tidak bagus.

Responden dipilih berdasarkan kaedah pilihan secara rawak berdasarkan sampel strata bagi setiap kaum, jantina, umur dan kawasan parlimen di seluruh semenanjung Malaysia.

Kajian itu dibuat bermula 7 Mac lalu dengan pilihan responden yang selaras dengan populasi setiap kawasan parlimen.

Majoriti responden Cina berkata, pencapaian Umno lemah, manakala Melayu dan India berpecah secara sekata berkenaan pencapaian parti itu.

Kajian itu tidak menunjukkan pecahan kaum untuk bandar dan luar bandar tetapi penduduk kampung berpecah berkenaan pencapaian Umno, manakala penduduk bandar tidak berpuas hati dengan parti tonggak komponen BN itu.

Umno-Najib-Muhyidin-1Kajian itu menyatakan, isu utama rakyat adalah kos sara hidup, jenayah, korupsi, perpaduan nasional dan peluang pekerjaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula dilihat mempunyai pencapaian yang baik dengan 42 peratus berkata Presiden Umno itu menjalankan tugas dengan cemerlang, manakala 39 peratus memberikan kata tidak bagus kepada beliau.

Kajian itu juga menunjukkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disifatkan oleh responden Melayu sebagai pemimpin yang menjalankan tugas paling baik.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin adalah kedua, manakala Pemangku Menteri Pengangkutan yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketiga, tetapi Najib di tempat kelima iaitu di belakang Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.