Categories
NASIONAL

The Malaysian Insider tutup berkuatkuasa tengah malam ini

SHAH ALAM 14 MAC: Portal The Malaysian Insider (TMI) ditutup berkuat kuasa tengah malam hari ini selepas beroperasi selama lapan tahun, kata Editornya, Jahabar Sadiq.

Cde2pEFUIAAbt5OBeliau berkata pemilik syarikat berkenaan, The Edge Media Group membuat keputusan berkenaan atas sebab komersial.

“Mungkin sesuai kita tidak lagi bersiaran pada permulaan Ides Mac (15 Mac),” kata Jahabar dalam artikel disiarkan di laman web portal itu.

BERSIH 2.0 dalam satu kenyataan mengucapkan terima kasih atas segala sumbangan anda kepada seluruh warga Malaysia.

“Tahniah juga kerana sentiasa menegakkan kebenaran,” tulis BERSIH 2.0 ditwitternya.

 

Categories
SELANGOR

MB: Siar laporan palsu, Malaysian Insider perlu bertanggungjawab

SHAH ALAM, 19 OGOS: The Malaysian Insider harus bertanggungjawab membetulkan laporan palsu yang disiarkan berhubung Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG).

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata tindakan itu perlu dilakukan ekoran penjelasan yang sudah diberikan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh berhubung isu berkenaan.

MB Azmin“The Malaysian Insider bertanggungjawab untuk membetulkan laporan palsu mereka berkenaan DEIG selepas ditegur dan diperbetulkan oleh Speaker,” katanya di dalam laman Twitter, hari ini.

Terdahulu, Hannah di laman Facebook beliau membuat penjelasan berhubung isu DEIG dan menegur laporan palsu yang disiarkan The Malaysian Insider.

Isu berhubung DEIG hangat dibahaskan di Sidang DNS kali ini hingga membabitkan perbalahan antara Mohamed Azmin (PKR-Bukit Antarabangsa) dengan bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Bebas-Pelabuhan Klang).

Categories
NASIONAL

Umno-BN semakin lemah urus ekonomi negara

SHAH ALAM, 9 APRIL: Kajian yang dilaksanakan The Malaysian Insider menunjukkan ramai rakyat negara ini merasakan pencapaian kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) sangat lemah dalam mengendalikan ekonomi negara.

Kajian itu juga memperlihatkan lebih separuh daripada 1,005 responden menyifatkan pencapaian BN sejak Pilihan Raya Umum ke-13 sebagai ‘sangat lemah’ manakala 45 peratus menyifatkan parti utamanya Umno sebagai lemah.

Responden berkata, parti pemerintah itu gagal mengendalikan kos sara hidup atau mengendalikan hal ehwal ekonomi, menunjukkan kepimpinan yang negatif, gagal melaksanakan janji pilihan raya dan menguruskan rasuah.

undi-bn-endHanya 31 peratus responden yang dihubungi melalui telefon merasa BN yang menang dengan majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 melakukan kerja dengan cemerlang, manakala selebihnya tidak pasti atau enggan memberi komen.

Sekali lagi responden Cina sepakat tidak memberi sokongan kepada BN, manakala Melayu memberikan lebih sedikit sokongan kepada BN.

Pengundi bandar dan luar bandar berkata, mereka kecewa dengan pencapaian BN membabitkan 53 peratus daripada responden berumur 21 hingga 40 tahun menyifatkan BN sebagai tidak bagus.

Responden dipilih berdasarkan kaedah pilihan secara rawak berdasarkan sampel strata bagi setiap kaum, jantina, umur dan kawasan parlimen di seluruh semenanjung Malaysia.

Kajian itu dibuat bermula 7 Mac lalu dengan pilihan responden yang selaras dengan populasi setiap kawasan parlimen.

Majoriti responden Cina berkata, pencapaian Umno lemah, manakala Melayu dan India berpecah secara sekata berkenaan pencapaian parti itu.

Kajian itu tidak menunjukkan pecahan kaum untuk bandar dan luar bandar tetapi penduduk kampung berpecah berkenaan pencapaian Umno, manakala penduduk bandar tidak berpuas hati dengan parti tonggak komponen BN itu.

Umno-Najib-Muhyidin-1Kajian itu menyatakan, isu utama rakyat adalah kos sara hidup, jenayah, korupsi, perpaduan nasional dan peluang pekerjaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula dilihat mempunyai pencapaian yang baik dengan 42 peratus berkata Presiden Umno itu menjalankan tugas dengan cemerlang, manakala 39 peratus memberikan kata tidak bagus kepada beliau.

Kajian itu juga menunjukkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disifatkan oleh responden Melayu sebagai pemimpin yang menjalankan tugas paling baik.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin adalah kedua, manakala Pemangku Menteri Pengangkutan yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketiga, tetapi Najib di tempat kelima iaitu di belakang Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Liong Sik bebas bukti Gani Patail tidak efektif

PKFZ-1

SHAH ALAM 25 OKT : Rakyat semakin hilang keyakinan terhadap kegagalan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail membabitkan pendakwaan kes berprofil tinggi susulan pembebasan bekas menteri, Tun Dr Ling Liong Sik dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan, berkata kegagalan Gani Patail dalam kes besar seperti PKFZ membuktikan beliau tidak efektif dan berkemampuan melaksanakan tugasnya.

Manivan di dalam portal The Malaysian Insider berkata Gani Patail disifatkan sebgaai ego apabila tidak mahu mengakui kesalahan yang dilakukannya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata Gani tidak cekap dalam melaksanakan tugasnya apabila pertuduhan yang dibuat dalam pendakwaan itu bersifat tidak kukuh dan lemah.

Tony Pua berkata, kegagalan dalam PKFZ itu adalah yang kedua selepas kegagalan pendakwaan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dengan pembebasan  anggota polis, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar.

“Rakyat tidak boleh dipersalahkan apabila mereka enggan percaya pada kerajaan dengan menyatakan ‘ikan besar’ yang ada kaitan dengan pemerintah elit Barisan Nasional (BN) tidak akan dijatuhkan hukuman bersalah,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Mahkamah Tinggi hari ini melepaskan Liong Sik daripada tuduhan menipu kerajaan Malaysia berhubung PKFZ dan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi membebaskannya selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap semua pertuduhan di akhir kes pembelaan.

Liong Sik, 70, didakwa menipu kerajaan untuk memberi persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah, Pelabuhan Klang bagi pembinaan projek ‘Mega Distribution Hub’ yang kini dikenali PKFZ dan beliau diperintah membela diri, pada 9 Mac 2013,

Beliau didakwa menipu kerajaan apabila tidak mendedahkan fakta berkenaan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun iaitu tambahan harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 iaitu RM25 sekaki persegi berjumlah RM1.088 bilion dan mengetahui Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) sebagai penentu nilai itu sudah mengambil kira kadar kupon.

Beliau didakwa melakukan semua kesalahan itu di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, antara 25 September dan 6 November 2002.

Categories
NASIONAL SELANGOR

PNSB : Taman Alam Perdana diselamatkan, pembeli dapat CF – FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 11102013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Pembeli projek perumahan Taman Alam Perdana, Kuala Selangor yang terbengkalai sejak 2004 dan dipulihkan kini memperoleh Sijil layak Menduduki (CF).

2. Kementerian Dalam Negeri (KDN) diminta meluluskan permohonan seorang warga emas untuk mendapatkan taraf kerakyatan dengan MyKad biru kerana dia didakwa memenuhi segala kelayakan ditetapkan.

3. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mendesak kerajaan membentangkan kertas putih berhubung perjanjian Perdagangan Trans Pasifik (TPPA) dalam sidang Parlimen akan datang lapor portal The Malaysian Insider.

Categories
NASIONAL SELANGOR

PKR: Minyak naik dalam masa terdekat -FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 30092013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Sekalipun tiada pengumuman kenaikan harga minyak yang heboh diperkata dalam media sosial, Biro Kepenggunaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin ia tetap berlaku dalam masa terdekat.

2. Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kerja-kerja pembinaan Lebuh Raya Rakyat akan bermula awal tahun 2014 dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun.

3. PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan (DUN) Sungai Limau sebelum pembentangan Belanjawan 2014 untuk mengelakkan Putrajaya mengambil kesempatan “memancing undi”, lapor portal The Malaysian Insider.

Categories
NASIONAL

Jangan layan ajakan BN untuk bekerjasama, Pakatan bakal tawan Putrajaya PRU14

BN PRU-13 bom 01

SHAH ALAM 26 SEPT: Bekas Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib menyifatkan kerjasama Umno-PAS tidak perlu kerana Pakatan Rakyat mempunyai peluang terbuka luas menubuhkan kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU 14) kelak.

Menyangkal pandangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai kewujudan ruang kerjasama itu, Muhammad berkata, parti komponen Pakatan sepatutnya bersedia mengukuhkan parti untuk membentuk kerajaan.

?Jangan ada agenda untuk menyelit ke sana dan ke sini. Nanti rakyat yang menjadi mangsa. Pakatan harus berusaha sebaik mungkin memberi alternatif kepada rakyat. Apa jua kelemahan BN, jangan diulang.

?Jika BN menjadi pilihan dan mendengar suara rakyat, mengapa mereka mahu bekerjasama dengan pihak menentang untuk berunding bersama kerajaan? Jika BN bagus, berdiri atas kaki sendiri, melainkan jika mereka memang sudah ditolak.

?Kalau tidak bagus, hendak menang dan berkuasa, kenalah main tipu. Pakat dengan penjaga gol lawan dan suruh lepaskan bola. Tendang dari jauh pun boleh masuk.

“Dalam politik, kita tidak mahu wujudkan orang yang mengekalkan kuasa. Umno sudah lama mengekalkan kuasa hampir 60 tahun,? katanya pada wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider di Shah Alam, Selangor.

Muhammad menyertai PAS dua hari selepas hari penamaan calon Pilihan Raya Umum 2013 lalu.

Muhyiddin sebelum ini dilapor berkata, BN tiada masalah bekerjasama dengan PAS kerana parti komponen BN itu terbuka mengambil apa jua langkah termasuk mengadakan perbincangan bersama PAS bagi tujuan menyatupadukan umat Islam.

Atas dasar BN yang mahu mengekalkan kuasa, bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, rakyat menanggung kerugian jika rundingan berkenaan menemui kegagalan.

Menggesa parti dalam Pakatan mengukuhkan kepimpinan untuk menawan Putrajaya pada PRU 14, beliau berkata, BN dan Pakatan harus memilih jalan berbeza.

?BN yang ingin mengekalkan kuasa, tetapi rakyat yang menanggung rugi. Pandangan saya, biar BN dengan cara mereka sendiri dan PR mesti bersatu sebagaimana sebelum ini. Saya yakin PRU 14 mereka tawan Putrajaya,” katanya.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Cemar sungai Selangor,suami isteri didakwa -FOKUS

Sinopsis

FOKUS Untuk 18092013

Saksikan secara langsung “FOKUS” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai berita dan maklumat terkini negeri dan nasional yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Shah Alam, bagi menghadapi lima pertuduhan kerana pencemaran minyak di sungai Selangor, yang dilakukan tertuduh pada 30 Ogos lalu

2. Kadar sewa yang dikenakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kepada penyewa kompleks itu masih berpatutan dan jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan pusat membeli-belah komersial yang lain lapor portal The Malaysian Insider.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Isu kencing : Facebook Tanda Putera mohon maaf kepada Kit Siang

Sinopsis:

Laman Facebook rasmi filem kontroversi Tanda Putera hari ini memohon maaf secara terbuka berhubung gambar dikatakan Lim Kit Siang kencing di tiang bendera rumah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris, selepas setahun kesilapan itu berlaku, lapor laman portal The Malaysian Insider.

Layari: htt://www.selangorkini.net

Categories
NASIONAL

Tian Chua : Hentikan terus kempen ‘Endless Possibilities’

tian chua pc pkr 01

SHAH ALAM 13 SEPTEMBER : Kerajaan Umno BN digesa menghentikan terus kempen barunya ‘Endless Possibilities’ kerana ia hanya membazirkan wang rakyat dan tidak mempunyai sebarang erti kepada negara.

Naib Presiden PKR, Tian Chua, berkata jika slogan baru itu dilancarkan ia membuktikan bahawa kempen sebelum ini ‘1Malaysia:  Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ gagal menepati objektifnya.

“Ia merupakan slogan yang tidak mempunyai releven dengan rakyat Malaysia sebab ia tidak mampu diterjemahkan kepada Bahasa Melayu dan lain dengan pengertian sebenar.

“Slogan ‘Endless Possibilities’ juga tidak memberikan sebarang makna dalam bahasa kita samada bahasa Mandarin atau Tamil,” kata Tian Chua ketika dihubungi TVSelangor.

Mengikut laporan The Malaysian Insider, pelancaran ‘Endless Possibilities’ ditangguhkan dari tarikh asal 17 September kepada satu tempoh yang belum pasti selepas mendapati Mongolia menggunakan slogan sama 19 bulan sebelum Malaysia.

Difahamkan, pegawai yang menguruskan kempen itu panik kerana Mongolia merupakan satu subjek sensitif selepas dua anggota polis Malaysia didakwa dan kemudian dibebaskan di atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Tian Chua berkata, beliau menggesa kerajaan Umno-BN memberikan penjelasan kepada rakyat berhubung dakwaan bahawa  firma asing digunakan bagi menjayakan kempen ‘Endless Possibilities’ itu.

Katanya, pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini membidas kerajaan Umno-BN kerana menggunakan APCO Worldwide dalam memberikan khidmat rundingan komunikasi terhadap kerajaan dalam kempen 1Malaysia.

“Bagi kita kempen itu tidak perlu apabila ia tidak releven dan tidak masuk akal, ia suatu perkara yang perlu dipersoalkan kerana kempen itu tidak memberikan sebarang makna kepada sesiapa,” kata Tian Chua.

Slogan kempen itu secara rasmi digunakan buat pertama kali di Davos Januari lepas semasa Forum Ekonomi Dunia (WEF) walaupun Kementerian Pelancongan sudah memperkenalkannya di Dubai pada Oktober 2012.

Kempen itu turut dikritik hebat mengatakan ianya meniru kempen sama Israel yang bermula April lepas.

Categories
NASIONAL

Lajim : Menteri Pertanian Dan Kerja Raya Patut Dari Sabah/Sarawak

menteri-sabah-sarawak-1

SHAH ALAM, 12 JUN: Pengerusi Pakatan Perubahan Sabah (PPS),Datuk Seri Lajim Ukin menyokong tindakan Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak yang didakwa bertemu dengan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah bagi menyatakan rasa tidak gembira ekoran tidak menerima apa-apa ‘ganjaran’ selepas membantu kemenangan BN.

Sambil menyifatkan ia sebagai wajib, keutamaan perlu diberikan memandangkan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak menjadi penyumbang utama kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Katanya, pemberian kedudukan di dalam kabinet ini bukan merujuk kepada jumlah menteri atau timbalan menteri yang dilantik sebaliknya mengutamakan kementerian yang sesuai bagi pembangunan Sabah dan Sarawak.

“Sabah dan Sarawak beri mereka (BN) menang untuk mereka perintah. Wajib dia (kerajaan) beri keutamaan kepada (Ahli Parlimen) Sabah dan Sarawak. Bukan sahaja merujuk kepada jumlah.

“Sepatutnya (Menteri) Pertanian dan Jabatan Kerja Raya (Menteri Kerja Raya) kena bagi Sabah dan Sarawak kerana jalan di negeri kita ini lebih teruk daripada negeri-negeri di Semenanjung,” katanya kepada Tv Selangor.

Memetik laporan portal The Malaysian Insider, beberapa Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak bertemu Tengku Razaleigh bagi melahirkan rasa tidak puashati berkenaan pembahagian jawatan dalam kabinet Datuk Seri Najib Razak.

Kesemua ahli parlimen ini hadir mendengar taklimat mengenai tentang prosedur dan etika parlimen yang bakal bersidang 24 Jun ini.

Pada PRU-13 lalu, BN memenangi 133 kerusi Parlimen dan 47 daripada kerusi berkenaan dari Parlimen di Sabah dan Sarawak.

Categories
NASIONAL SELANGOR

Perkasa Bantah Komponen BN Disatukan – BULETIN 13

Sinopsis

BULETIN 13 Untuk 29052013

Saksikan secara langsung “BULETIN 13” yang bersiaran pada hari ISNIN hingga JUMAAT. Pelbagai info dan maklumat yang kami sediakan untuk anda.

Paparan menarik untuk hari ini :

1. Datuk Saifuddin Nasution akan bertemu Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membincangkan perlantikan beliau sebagai pegawai perhubungan politik.

2. Portal The Malaysian Insider dalam satu temubual eksklusif bersama Pemangku Presiden Perkasa, melaporkan pertubuhan itu tidak menyambut baik idea pembentukan Barisan Nasional menjadi satu parti berbilang kaum.

3. Pensyarah Politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff menggesa kerajaan menyelesaikan permasalahan Perhimpunan 505 secara baik tanpa perlu ada sebarang bentuk ugutan mahupun kekerasan.