Categories
NASIONAL

17 cabang PKR adakan pemilihan semula minggu ini

Oleh; NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 8 MEI: 17 cabang PKR akan mengadakan pemilihan bagi peringkat cabang dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) minggu ini selepas pemilihan sebelum ini dibatalkan ekoran bermasalah.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Datuk Johari Abdul, berkata empat cabang daripada jumlah itu akan diadakan pemilihan semula pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Beliau berkata, pihaknya akan mengeluarkan notis pemilihan parti bagi semua cabang yang dinyatakan dalam masa terdekat.

johari abdul parlimen 01“Pada mesyuarat 5 Mei lalu, kita dapati 17 cabang ini bermasalah dalam proses pengundian, jadi JPP membuat keputusan 13 cabang dan MPP akan dibuat pengundian semula pada Sabtu (13 Mei), manakala empat lagi akan diberitahu kelak,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Johari berkata, 13 cabang dan MPP terbabit antaranya adalah Setiu, Kuala Nerus, Kemaman, Dungun, Paya Besar, Nibong Tebal, Jerantut, Batang Sadong, Kapit , Pengerang, Tenggara, Tenom dan Keningau.

“Bagi cabang Bukit Katil, Tawau, Papar dan Sungai Petani akan mengadakan pemilihan pada satu tarikh yang akan ditetapkan dan diumumkan kemudian,” katanya.

Pemilihan pimpinan PKR sesi 2014-2017 di beberapa cabang terpaksa ditangguhkan ekoran berlaku kekecohan dan terdapat dakwaan berlakunya penipuan pemilihan.

Kongres PKR 04Sebelum ini, terdapat desakan daripada seorang ahli PKR, Badrul Hisham Shaharin supaya JPP membuat keputusan membatalkan penyertaan Timbalan Presiden, Azmin Ali atas dakwaan melakukan penipuan pemilihan.

Cabang yang diadakan semula itu dilakukan di bawah Seksyen 9.3 Peraturan Pemilihan Parti dan seorang pegawas digantung tugas sehingga kini.

Keputusan penuh boleh diperoleh dengan melayari di laman web http://pemilihan2014.keadilanrakyat.org.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.