Categories
SELANGOR

Abdul Samah Ketua Polis Selangor baru

SHAH ALAM, 12 MEI: Datuk Abdul Samah Mat menjadi Ketua Polis Selangor yang baharu berkuat kuasa Rabu ini, menggantikan Datuk Mohd Shukri Dahlan yang bersara wajib.

Majlis serah terima tugas antara mereka itu diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini dengan disaksikan Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun.

Abdul Samah, 57, sebelum ini memegang jawatan Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan di Jabatan Perdana Menteri selama tujuh bulan dan pernah menjawat jawatan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Undang-undang dan Penyiasatan) Bukit Aman dari tahun 2012 hingga Oktober 2013.

ABDUL SAMAH MAT / IPK KL / RAMPAS DADAHMohd Shukri pula sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Polis Perak sebelum berpindah ke Selangor dan berkhidmat selama hampir lapan bulan.

“Saya akan memberi lebih fokus kepada keselamatan awam dan pencegahan jenayah selain meningkatkan kualiti perkhidmatan supaya rakyat mendapat layanan yang mesra dan anggota pula dapat bertugas dengan selesa,” katanya dipetik MStar Online.

Mohd Shukri pula berkata ,sepanjang berkhidmat 11.73 peratus kadar jenayah dapat diturunkan dan menganggap ia merupakan satu pencapaian yang membanggakan sebelum beliau meninggalkan dunia kepolisan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.