Categories
NASIONAL

Pemilihan PKR: 10 Cabang PKR Selangor dibatalkan, undian semula ditetap kemudian

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 12 MEI: Pengundian di 10 Cabang PKR di Selangor terpaksa diadakan semula berikutan timbulnya pelbagai masalah semasa proses pengundian di cabang terbabit yang di adakan semalam.

Cabang-cabang terbabit Hulu Langat, Sabak Bernam, Sungai Besar, Subang, Klang, Selayang, Kota Raja, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Kapar.

pemilihan-2014Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul berkata, JPP hanya menangguhkan pemilihan di cabang-cabang yang didapati benar-benar bermasalah untuk diteruskan.

“Kita memang terima banyak aduan tetapi takkanlah kerana aduan kecil kita nak batalkan pemilihan di cabang itu.

“Kebanyakan yang dibatalkan melibatkan cabang yang mempunyai ahli yang ramai sehinggakan ada cabang yang sampai 6,000 orang,” kata Johari dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Katanya lagi, keputusan membatalkan pemilihan di sesuatu cabang dibuat Kordinator Pemilihan Negeri sebelum dirujuk kepada JPP sekiranya tidak dapat diselesaikan.

“Hanya pengawas pemilihan sahaja yang mempunyai kuasa untuk mengumumkan pembatalkan, bukan kami JPP di peringkat pusat,” kata beliau lagi.

Jelas Johari pemilihan semula di kesemua 27 cabang akan diadakan pada tarikh yang akan ditetapkan sebelum bermulanya Mesyuarat Agong Tahunan yang perlu diadakan selewat-lewatnya bulan November nanti.

“Kita tidak tergesa-gesa, lagi pun pimpinan yang ada sekarang masih berjalan sah. Kita ambil masa untuk bagi peluang ahli-ahli balik berehat, bila dah tenang boleh datang semula mengundi,” kata Johari lagi.

Hari pengundian Pemilihan PKR 2014 peringkat Negeri Selangor yang diadakan semalam, pemilihan di 13 cabang disebut-sebut akan dibatalkan berikutan dakwaan terdapat penyelewengan dalam pemilihan.

Selain 10 cabang yang disahkan hari ini, cabang lain yang turut disebut berhadapan tindakan pembatalan termasuklah Cabang Ampang, Kuala Langat dan Sepang.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.