Categories
SELANGOR

Polis Selangor buat 1,531 operasi judi, tangkap 3,523 orang

SHAH ALAM, 11 OGOS: Sebanyak 1,531 operasi bagi membanteras kegiatan judi dilakukan Polis Selangor dengan tangkapan seramai 3,523 orang sejak awal tahun ini hingga semalam.

Ketuanya Datuk Noor Azam Jamaludin berkata hasil serbuan itu wang tunai RM537,016 berjaya dirampas serta pelbagai peralatan perjudian seperti komputer, komputer riba, telefon bimbit dan beberapa barangan lain.

“Serbuan membabitkan 916 kes judi ekor haram, judi dalam talian (500), judi dalam bangunan (51), judi pusat panggilan (34), catat taruh (21) dan judi luar bangunan (sembilan).

” Polis Selangor tekad melaksanakan operasi ini berterusan walaupun ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan,” katanya memetik Sinar Harian.

Mengulas mengenai modus operandi kegiatan tersebut, Noor Azam berkata ia beroperasi secara curi-curi dengan diawasi kamera litar tertutup.

“Bagaimanapun, setiap aduan yang kita terima akan tetap diambil tindakan dan tangkapan,” kata beliau.

Categories
SELANGOR

Polis tegas laksana peraturan pemakaian pelitup muka

SHAH ALAM, 1 OGOS: Polis Selangor tegas dalam melaksanakan peraturan pemakaian pelitup muka susulan arahan kerajaan mewajibkan penggunaan alat itu mulai hari ini.

Ketuanya, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata tindakan kompaun RM1,000 boleh diambil kepada individu yang tidak patuh arahan.

“Sebelum ini kita hanya beri amaran dan peringatan. Namun kali ini terus kompaun kepada yang ingkar arahan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal bersama sepasukan polis dari IPD Petaling Jaya dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) membuat pemantauan Pematuhan Pemakaian pelitup muka di Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya pada 1 Ogos 2020. Foto Facebook Polis Petaling Jaya

“Pelitup muka ini mesti dipakai sentiasa untuk elak jangkitan virus dan bukan disebabkan takut kepada polis atau denda,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Polis Daerah Petaling Jaya bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hari ini melakukan tinjauan kepatuhan orang awam terhadap penggunaan pelitup muka di Pasar Jalan Othman, Petaling Jaya pagi tadi.

Pada 23 Julai lalu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka bermula 1 Ogos berikutan penambahan kluster jangkitan Covid-19 selain atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Categories
AGENDA JENAYAH

Pasangan suami isteri, pelajar ditahan edar ganja

KAJANG, 17 FEB: Dua pasangan suami isteri dan seorang pelajar universiti tempatan, antara enam yang ditahan selepas dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah, yang dianggarkan bernilai RM467,900.

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, kesemua suspek ditahan di sekitar Kajang dan Pulau Pinang dalam lima serbuan dari 11 hingga 14 Februari lepas.

Katanya, seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan dalam serbuan pertama pada 11 Februari lepas, kira-kira 6 petang di Bandar Baru Bangi dan polis menemui dadah disyaki ganja dianggarkan seberat 526 gram, dalam kereta jenis Perodua Axia yang dipandu suspek.

“Susulan tangkapan itu, polis menyerbu sebuah rumah di Sungai Ramal, Kajang pada hari yang sama (11 Februari) kira-kira 6.30 petang dan menahan seorang wanita berusia 30 tahun, serta menemui 15 ketulan mampat daun kering disyaki ganja dianggarkan 15.6 kilogram (kg) yang bernilai RM39,000, dalam bilik rumah berkenaan.

“Kedua-dua suspek merupakan pasangan suami isteri yang bekerja sebagai ejen insurans,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis kembali menyerbu rumah sama di Sungai Ramal, Kajang pada 13 Februari lepas dan menahan seorang lelaki berusia 24 tahun, yang menaiki kereta jenis Honda Accord.

Hasil pemeriksaan kenderaan suspek yang juga merupakan pelajar universiti tempatan, menemui 45 ketulan mampat daun kering, disyaki ganja seberat 44.4 kg bernilai RM111,000.

Azam berkata hasil soal siasat, pihaknya menjalankan serbuan di dua rumah di Jalan Ayer Itam dan Georgetown, Pulau Pinang pada 14 Februari lepas, dan menahan pasangan suami isteri dan bapa mentua mereka, kerana disyaki terbabit dengan sindiket pengedaran dadah.

Pasangan suami isteri berusia berusia 34 dan 32 tahun serta lelaki berusia 57 tahun yang bekerja sebagai pemandu teksi, ditahan bersama dadah disyaki ganja dengan masing-masing memiliki dadah dipercayai ganjya seberat 23 kg ganja bernilai RM57,500 dan 20.1 kg bernilai RM50,250.

“Kami percaya sindiket ini aktif sejak lima tahun lalu, dan mendapatkan bekalan dari negara jiran.

“Sindiket ini dipercayai menjadikan Pulau Pinang sebagai transit, sebelum dibawa ke sekitar Lembah Klang untuk diedarkan,” katanya.

Noor Azam berkata hasil soal siasat, pihaknya menjalankan serbuan di sebuah rumah di Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 14 Februari lepas dan merampas 83.5 kg dadah bernilai RM208,800 serta sepucuk pistol bersama 13 peluru hidup.

Jelasnya, nilai keseluruhan dadah yang dirampas adalah 187.1 kilogram dan boleh dibekalkan kepada 37,420 penagih ganja dalam masa sehari, dengan mengambil kira penggunaan sebanyak lima gram sehari.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati pelajar dan pemandu teksi yang ditahan positif ujian air kencing dan seorang daripada mereka mempunyai empat rekod kesalahan lampau, membabitkan kes dadah.

Noor Azam berkata, kesemua suspek ditahan reman 10 hari sehingga 21 Februari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8 (A) Akta Senjata Api (1960).

– BERNAMA

Categories
SELANGOR

Sindiket tumpas, polis rampas dadah RM1.59 juta

SHAH ALAM, 1 MAC: Polis Selangor melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah selepas menahan lima lelaki termasuk seorang warga Indonesia serta merampas 12 kilogram (kg) dadah bernilai RM1.59 juta dalam serbuan ke atas sebuah rumah kedai dua tingkat di Brickfields.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, serbuan dilakukan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, susulan risikan pada 27 Februari lalu.

“Premis itu dipercayai dijadikan tempat operasi, simpanan dadah serta tempat tinggal kesemua suspek,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Noor Azam berkata, dadah yang dipercayai jenis syabu ditemukan di dalam enam bungkusan teh cina seberat satu kg masing-masing serta 16 peket mengandungi ‘heroin base’ dengan berat 379 gram setiap satu, dipercayai untuk pasaran tempatan dan mungkin diedarkan di kelab malam.

“Rampasan dadah jenis syabu seberat enam kg itu boleh dibekalkan kepada 12,120 penagih sehari manakala enam kg ‘heroin base’ berkenaan pula boleh menghasilkan 72 kg heroin yang boleh dibekalkan kepada 240,000 penagih sehari.

“Polis turut merampas wang tunai RM50,000 disimpan di rumah kedai terbabit selain menyita tiga kereta jenis Honda Accord, Toyota Vios dan Proton Saga milik suspek,” katanya.

Noor Azam berkata, suspek berumur 38 hingga 55 tahun itu bekerja sebagai jurujual, peniaga dan tukang masak sementara polis sedang menyiasat peranan sebenar lelaki warga Indonesia tersebut.

Katanya, semakan lanjut mendapati tiga suspek warga tempatan itu mempunyai lima rekod jenayah lampau dengan dua orang bersabit kes jenayah manakala seorang lagi mempunyai dua rekod berkaitan dadah dan tiga kes jenayah.

Beliau berkata, saringan awal ujian air kencing mendapati tiga suspek positif dadah jenis syabu dan kesemua kini direman sehingga Rabu depan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

– BERNAMA

 

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Tahniah Mohamed Azmin – Ketua Polis Selangor

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 25 MEI: Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor merakamkan ucapan tahniah kepada Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang dilantik menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Katanya, beliau berharap Mohamed Azmin dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang di peringkat Kerajaan Persekutuan.

“Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Selangor dilaksanakan dalam suasana aman dan terkawal tanpa menggugat keselamatan dalam negeri.

“Semoga ummah di Selangor terus diperkasakan dan dapat membentuk ummah cemerlang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan sembah maklum Majlis Berbuka Puasa bersama Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, turut mencemar duli DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin.

Hadir sama Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Mazlan berkata, beliau berbesar hati apabila Sultan Selangor sanggup mencemar duli buat kali pertama berbuka puasa di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor.

“Patik amat berbesar hati kerana ini kali pertama Tuanku Baginda berbuka puasa bersama kontijen polis Selangor,” katanya.

Categories
NASIONAL

17,852 laksana tanggungjawab mengundi awal

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 5 MEI: Seramai 17,852 pegawai, anggota dan pesara polis kontijen Selangor menjalankan tanggungjawab mengundi awal hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, beliau berpuas hati proses pengundian awal Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berjalan lancar di di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang bermula seawal 8 pagi tadi.

“17,852 pengundi merupakan anggota serta pegawai termasuklah 603 adalah pengundi pesara pasukan keselamatan itu.

“Manakala semalam seramai 614 anggota dan pegawai di seluruh negeri mengundi sebagai pengundi pos,” katanya dipetik Free Malaysia Today.

Mazlan berkata, dalam tempoh satu jam selepas pengundian awal dibuka, pihaknya dapati kira-kira enam peratus anggota dan pegawai melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Categories
SELANGOR

Walaupun hanya menunggu, polis tetap saman

OLEH SABIRAH AZIZ

SHAH ALAM, 16 JAN: Kenderaan awam atau persendirian yang diparkir secara haram dan menunggu di tepi jalan berhampiran sebuah stesen minyak berhampiran susur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 akan ditunda ke balai polis, selain dikenakan saman.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, tindakan tegas itu berkuatkuasa serta-merta susulan masih ramai pemandu masih berdegil tanpa memikirkan keselamatan pengguna jalan raya lain.

“Malaysia Airport Berhad (MAB) sudah menyediakan tempat parkir kenderaan secara percuma untuk menunggu atau ambil penumpang, namun masih ramai menunggu di tepi jalan, khususnya berhampiran stesen minyak itu.

“Saya mengeluarkan arahan agar polis mengambil tindakan agresif menyaman dan memasang kamera litar tertutup (CCTV) secara sulit di situ supaya tiada lagi pemandu yang menjejaskan keselamatan jalan raya pemandu lain.

“Selain saman ke atas pemandu yang menunggu di tepi jalan, mana-mana pemandu yang parkir kenderaan di tepi jalan terbabit akan terus ditunda dan dibawa ke balai polis,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, pagi tadi.

Mazlan berkata, kompaun maksimum sebanyak RM300 akan dikenakan ke atas pemandu yang didapati bersalah atas kesalahan menghalang lalu lintas dan meletakkan kenderaan secara haram.

“Sejak tahun lalu, setiap hari, kira-kira 30 saman dikeluarkan kepada pemandu yang meletakkan atau menunggu di situ dan penguatkuasaan akan ditingkatkan.

“Saman yang dikeluarkan ini membabitkan semua kenderaan termasuk pemandu teksi, pengendali perkhidmatan e-hailing serta kenderaan persendirian.

“Pemandu kenderaan yang hendak ke KLIA sepatutnya menggunakan kemudahan disediakan MAB kerana terdapat surau dan tempat makan berhampiran parkir itu,” katanya.

JURNAL BERITA – MB arah peguam serah notis saman pada Manikavasagam

1. MB arah peguam serah notis saman pada Manikavasagam

2. Abdul Khalid luang masa sambut Hari Wesak bersama penduduk Cheras

3. Pemilihan PKR: Undian Selangor tertinggi, 5 cabang dikira di Ibu Pejabat

4. MBPJ wajibkan 10% bangunan komersil sedia tempat letak kereta wanita

5. Krisis politik Terengganu, PAS negeri adakan mesyuarat khas

6. Kemelut politik Umno Terengganu, satu lagi ‘bala’ buat Najib

7. Najib muka tak tahu malu, mustahil akan letak jawatan

8. Anwar, Azizah kemalangan di Desa Sri Hartamas

9. Krisis Politik Umno Terengganu, balasan rampasan kuasa Perak

10.PRK Bukit Gelugor: RamKarpal sasar peningkatan majoriti

11.PRK Bukit Gelugor: Alasan MCA tidak masuk akal

12.JPP Aduan Pemilihan: Tiada aduan terhadap Abdul Khalid

13.80 peserta berkonvoi selami kehidupan masyarakat

14.Soccerkids MBSA ungguli Kejohanan Bola Sepak Junior 1MCC-Yamaha 2014

15.Abdul Samah Ketua Polis Selangor baru

16.Hari Muzium Antarabangsa 14-18 Mei tampil pelbagai acara menarik

Categories
SELANGOR

Abdul Samah Ketua Polis Selangor baru

SHAH ALAM, 12 MEI: Datuk Abdul Samah Mat menjadi Ketua Polis Selangor yang baharu berkuat kuasa Rabu ini, menggantikan Datuk Mohd Shukri Dahlan yang bersara wajib.

Majlis serah terima tugas antara mereka itu diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini dengan disaksikan Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun.

Abdul Samah, 57, sebelum ini memegang jawatan Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan di Jabatan Perdana Menteri selama tujuh bulan dan pernah menjawat jawatan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Undang-undang dan Penyiasatan) Bukit Aman dari tahun 2012 hingga Oktober 2013.

ABDUL SAMAH MAT / IPK KL / RAMPAS DADAHMohd Shukri pula sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Polis Perak sebelum berpindah ke Selangor dan berkhidmat selama hampir lapan bulan.

“Saya akan memberi lebih fokus kepada keselamatan awam dan pencegahan jenayah selain meningkatkan kualiti perkhidmatan supaya rakyat mendapat layanan yang mesra dan anggota pula dapat bertugas dengan selesa,” katanya dipetik MStar Online.

Mohd Shukri pula berkata ,sepanjang berkhidmat 11.73 peratus kadar jenayah dapat diturunkan dan menganggap ia merupakan satu pencapaian yang membanggakan sebelum beliau meninggalkan dunia kepolisan.