Categories
NASIONAL

ABIM: Saman Cadbury kerana DNA babi

SHAH ALAM 26 MEI: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mempertimbangkan untuk menyaman syarikat pengeluar coklat Cadbury di bawah akta pengguna.

Presidennya, Amidi Abd Manan berkata, ia bagi memberi pengajaran kepada syarikat itu yang mempersendakan umat Islam kerana menggunakan logo halal pada produk yang mengandungi DNA babi.

cadburrybab“Kita merasakan Cadbury sengaja menipu kerana berselindung sebalik logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Buat masa ini kita tuntut dulu produk keluaran syarikat itu dikeluarkan daripada rak makanan halal di kedai-kedai yang menjualnya,” katanya dipetik Sinar Harian.

Katanya, syarikat Cadbury perlu memohon maaf kerana menyinggung perasaan umat Islam.

“Adakah mereka tidak sedar pengguna paling ramai di negara kita adalah Islam? Jadi perbuatan mereka melampau dan tidak sensitif,” katanya.

Dalam pada itu, Amidi menyuarakan kekesalannya kepada Jakim yang bertanggungjawab menyelidik produk bagi memastikan statusnya benar-benar halal.

“Jakim rasanya perlu pendekatan yang lebih baik bagi menjaga kemashlahatan Islam daripada terdedah dengan makanan tidak halal.

“Perlunya prosedur baru, bukannya hanya lakukan tinjauan di kilang sahaja,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.