Categories
NASIONAL

Ahli Parlimen Teluk Intan meninggal dunia

SHAH ALAM 1 MEI: Ahli Parlimen Teluk Intan dari DAP, Seah Leong Peng meninggal dunia pagi ini kerana penyakit barah.

Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai mengesahkan perkara tersebut dan akan mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi, lapor The Star Online.

seahSeah, dilantik menjadi ahli Parlimen penggal pertama selepas memenangi kerusi Teluk Intan pada Pilihan Raya Umum 2013 apabila menewaskan Pengerusi Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dengan 7,313 majoriti undi dalam perebutan tiga penjuru.

Mendiang memperolehi 27,399 undi sementara Mah mendapat 20,086 sementara calon bebas, K Moralingam menerima 279 undi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.