Categories
NASIONAL

Ahmad Said letak jawatan, MB Terengganu baru angkat sumpah malam ini

 TERENGGANU 12 MEI: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said meletakkan jawatan dan penggantinya dijangka akan mengangkat sumpah pada malam ini.
Antartika1Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor seperti dilaporkan The Star.
Tengku Adnan tidak menamakan penganti MB Terengganu yang baru namun dipercayai ADUN Seberang Takir, Datuk Abdul Razif Abdul Rahman akan mengambil alih jawatan itu selepas setahun BN hampir tewas di negeri itu kepada Pakatan Rakyat.
takirPerubahan jawatan Menteri Besar di Terengganu timbul selepas Ahmad Said menandatangani surat persetujuan beliau akan memegang jawatan itu hanya selama setahun selepas Barisan Nasional (BN) menang tipis pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).
Dalam PRU-13, BN memperolehi 17 DUN kerusi manakala Pakatan Rakyat memperolehi 15 kerusi DUN.
EZY

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.