Categories
SELANGOR

Akui fakta air lombong selamat, bukan bersandar persepsi

Oleh : Lizawati Madfa

SHAH ALAM 14 MEI : Kerajaan Pusat sepatutnya mengutamakan fakta kualiti air lombong di Selangor adalah selamat dan bukan sekadar berdasarkan persepsi orang ramai sahaja.

Exco Belia dan Sukan, Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, Menteri Kesihatan, Datuk S. Subramaniam sendiri mengakui inisiatif air lombong yang diusahakan Kerajaan Negeri adalah selamat digunakan.

Luas airKatanya, pensampelan air lombong diputuskan selamat hasil ujian dilakukan dengan kerjasama pihak kerajaan persekutuan melalui Jabatan Kimia Malaysia (JKM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Maksud Menteri Kesihatan baru-baru ini adalah air lombong selamat digunakan dan analisa libatkan JKM, KKM cuma dia minta ditangguhkan dahulu sebab persepsi seolah-olah air lombong ini bahaya.

“Tetapi apa sahaja keputusan Kerajaan Negeri dibuat secara professional, kita akan memberi penerangan bagi mengubah persepsi rakyat tetapi dalam masa sama kita gunakan air lombong buat saja untuk dirawat tetapi disimpan.

“Jika air selamat untuk digunakan, mengapa pula tidak mahu digunakan,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco di sini tengah hari tadi.

Baru-baru ini, S. Subramaniam meminta Kerajaan Negeri berhenti menggunakan air lombong sebagai sumber bekalan air di loji rawatan air sekalipun mengesahkan air itu selamat digunakan.

Beliau berkata, langkah itu perlu diambil Kerajaan Negeri ekoran terdapat persepsi meluas di kalangan masyarakat bahawa ia tercemar dengan pelbagai toksik berbahaya.

Sementara itu, mengulas perkembangan lain, Yunus berkata Kerajaan Negeri kini akan terus melakukan pembenihan awan dengan bantuan pakar daripada Department of Royal Rainmaking and Agricultural Aviation of Thailand bagi memperbaiki teknik ynag digunakan.

“Kita masih lagi gunakan cara dilakukan di Malaysia, cuma kita gunakan khidmat pakar jemputan bagi membantu dari segi teknik yang diperkenalkan melalui dan di atas awan, harap dapat beri kesan lebih baik.

“Kita masih belum gunakan teknik Royal Rainmaking cuma pakar datang sini bagi menunjukkan cara untuk melakukan pembenihan awan dengan lebih baik,” katanya lagi.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri menyatakan hasrat mahu menggunakan teknik Royal Rainmaking bagi mendapatkan hujan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu di kawasan empangan namun masih gagal mendapat kebenaran pihak Kementerian Pertahanan sehingga kini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.