Categories
NASIONAL

Anwar, Azizah kemalangan di Desa Sri Hartamas

AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 13 MEI: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah terlibat dalam satu kemalangan kecil di Desa Sri Hartamas kira-kira jam 10 malam tadi.

Dalam kemalangan berkenaan, Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu.

t.jpg

Perkara ini dimaklumkan oleh Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan media.

“Alhamdulillah,  Datuk Seri Anwar berada dalam keadaan selamat, tidak memerlukan pembedahan.

“Wan Azizah juga berada dalam keadaan selamat dan sedang diperiksa doktor,” katanya.

Difahamkan Anwar dan Wan Azizah akan pulang ke rumah malam ini.

– FZL

Leave a Reply

Your email address will not be published.