Categories
NASIONAL

Biro Pengguna PKR: Pelabur lari jika kelajuan jalur lebar negara macam ‘siput’

Oleh: Lizawati Madfa

SHAH ALAM 4 MEI : Kerajaan Pusat perlu membangunkan prasarana lebuh raya jalur lebar (broadband) di Malaysia bagi menambah baik perkhidmatan internet sedia ada.

Jika tidak, Pengerusi Biro Kepenggunaan PKR, Yahya Sahri berkata pelaburan dalam negara pasti akan terkesan dengan perkhidmatan jalur lebar yang lembab berbanding caj mahal dikenakan.

kelajuanKatanya, pelabur mempunyai banyak pilihan lain di rantau ini yang menawarkan perkhidmatan jalur lebar lebih laju dengan kadar bayaran lebih berpatutan.

“Perkara ini penting, jangan ambil remeh kerana kebanyakan urusan perniagaan dijalankan secara atas talian.

“Malah, perkara ini perlu dilakukan segera, jika tidak memang pelaburan akan terkesan. Tengoklah nanti,” katanya kepada Selangor Kini.

yahya-shari-01Beliau dihubungi bagi mengulas kajian global terbaru yang melaporkan Malaysia purata kelajuan jalur lebar di Malaysia adalah lebih rendah berbanding Vietnam dan Kemboja serta lebih sikit berbanding Myanmar.

Laporan itu dikeluarkan Ookla – ujian jalur lebar global dan rangkaian berasaskan web syarikat yang membandingkan kelajuan muat turun, memuat naik dan kualiti sambungan jalur lebar.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa ICT dan multimedia Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM), Dr Neoh Vee Heng berkata seorang ahlinya yang melabur dalam projek besar di Sepang bimbang tentang kelajuan jalur lebar 1Mbps di kawasan itu.

Okla internetMengulas lanjut, Yahya berkata, Kerajaan Pusat melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) boleh menggunakan bidang kuasanya mengawal selain menggalakkan peranan pihak swasta dalam penyediaan prasarana jalur lebar yang lebih besar dan berkelajuan tinggi.

“Harap SKMM dapat melihat ini secara lebih objektif dalam usaha meningkatkan perkhidmatan sedia ada.

“Janganlah sekadar kita berkempen sahaja, tetapi harus diingat pengguna, pelabur juga mahukan yang terbaik, berbaloi dengan harga dibayar mereka,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.