Categories
NASIONAL

Biro politik perlu tegas isu hina keluarga Anwar, kritik Kerajaan Selangor

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 15 MEI: Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin menyambut baik ketegasan yang ditunjukkan Lembaga Displin dan Biro Politik PKR yang memutuskan untuk menggantung keahlian lima ahlinya kerana mengkritik parti secara terbuka berhubung isu Pemilihan PKR 2014.

Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegu Bard berkata, tindakan memburukkan parti di media akan menyebabkan musuh luar PKR mengambil kesempatan bagi menyerang dan melemahkan parti.

Beliau menggesa,Lembaga Displin dan Biro Politik PKR turut bersikap tegas terhadap pihak yang menghina keluarga Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan memburukkan Kerajaan Selangor sehingga membuka peluang pihak musuh menyerang parti itu.

ChegubardSaya sebagai ahli parti menyambut baik ketegasan yang ditunjukkan sama ada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Lembaga Displin juga Biro Politik. Saya percaya kalau daripada dahulu sudah bertegas, banyak perkara boleh dielakkan.

“Saya juga akan cuba ingatkan pihak bertanggungjawab bagaimana media digunakan pihak tertentu termasuk media musuh untuk menyerang peringkat tertentu Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor, bahkan Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Pemilihan 2014, Datuk Kamarul Baharin pernah keluar media elektronik minta menteri besar berhenti.

“Saya yakin dengan ketegasan JPP seterusnya Lembaga Disiplin PKR dan Biro Politik untuk melakukan tindakan yang sama. SZaya juga akan hantar laporan iaitu kelompok tertentu yang mempertikaikan bukan sekadar JPP tetapi lebih teruk menghina keluarga Ketua Umum, pada 19 Mei ini,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Beliua turut menggesa JPP mewujudkan Prosedur Arahan Tetap (SOP) yang perlu dipatuhi anggotanya dalam memberikan respon terhadapa aduan yang diterima, di samping menyeru ahli PKR menjaga keutuhan parti dengan mengemukakan bantahan melalui saluran yang betul.

Anwar dan Wan Azizah Kongres PKRBadrul Hisham memberitahu beliau hanya mendengar perkembangan terkini melalui beberapa rakan yang tidak dapat disahkan ketika ditanya adakah namanya turut tersenarai sebagai ahli yang dikenakan tindakan digantung keahlian seperti yang tersebar di laman sosial facebook.

Terdahulu, Pengerusi Lembaga Displin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dalam kenyataan medianya memberitahu Biro Politik PKR memutuskan menggantung keahlian lapan ahli parti itu sehingga satu siasatan selesai dijalankan.

Lima daripada mereka digantung atas sebab mengkritik cara pengendalian Pemilihan PKR 2014 secara terbuka di media, seorang bertindak agresif ketika pengiraan undi, seorang mengugut dan seorang lagi kerana menipu tandatangan pencadang calon.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.