Categories
NASIONAL

Biro politik perlu tegas isu hina keluarga Anwar, kritik Kerajaan Selangor

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 15 MEI: Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin menyambut baik ketegasan yang ditunjukkan Lembaga Displin dan Biro Politik PKR yang memutuskan untuk menggantung keahlian lima ahlinya kerana mengkritik parti secara terbuka berhubung isu Pemilihan PKR 2014.

Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegu Bard berkata, tindakan memburukkan parti di media akan menyebabkan musuh luar PKR mengambil kesempatan bagi menyerang dan melemahkan parti.

Beliau menggesa,Lembaga Displin dan Biro Politik PKR turut bersikap tegas terhadap pihak yang menghina keluarga Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan memburukkan Kerajaan Selangor sehingga membuka peluang pihak musuh menyerang parti itu.

ChegubardSaya sebagai ahli parti menyambut baik ketegasan yang ditunjukkan sama ada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Lembaga Displin juga Biro Politik. Saya percaya kalau daripada dahulu sudah bertegas, banyak perkara boleh dielakkan.

“Saya juga akan cuba ingatkan pihak bertanggungjawab bagaimana media digunakan pihak tertentu termasuk media musuh untuk menyerang peringkat tertentu Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor, bahkan Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Pemilihan 2014, Datuk Kamarul Baharin pernah keluar media elektronik minta menteri besar berhenti.

“Saya yakin dengan ketegasan JPP seterusnya Lembaga Disiplin PKR dan Biro Politik untuk melakukan tindakan yang sama. SZaya juga akan hantar laporan iaitu kelompok tertentu yang mempertikaikan bukan sekadar JPP tetapi lebih teruk menghina keluarga Ketua Umum, pada 19 Mei ini,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.

Beliua turut menggesa JPP mewujudkan Prosedur Arahan Tetap (SOP) yang perlu dipatuhi anggotanya dalam memberikan respon terhadapa aduan yang diterima, di samping menyeru ahli PKR menjaga keutuhan parti dengan mengemukakan bantahan melalui saluran yang betul.

Anwar dan Wan Azizah Kongres PKRBadrul Hisham memberitahu beliau hanya mendengar perkembangan terkini melalui beberapa rakan yang tidak dapat disahkan ketika ditanya adakah namanya turut tersenarai sebagai ahli yang dikenakan tindakan digantung keahlian seperti yang tersebar di laman sosial facebook.

Terdahulu, Pengerusi Lembaga Displin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dalam kenyataan medianya memberitahu Biro Politik PKR memutuskan menggantung keahlian lapan ahli parti itu sehingga satu siasatan selesai dijalankan.

Lima daripada mereka digantung atas sebab mengkritik cara pengendalian Pemilihan PKR 2014 secara terbuka di media, seorang bertindak agresif ketika pengiraan undi, seorang mengugut dan seorang lagi kerana menipu tandatangan pencadang calon.

-NFN-

Categories
NASIONAL

Mahkamah Sesyen lepas Chegu Bard atas tuduhan PAA

KUALA LUMPUR, 14 MEI: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memutuskan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin dan dua lagi, Mohd Bukhairy serta Edy Noor Reduan dilepaskan tanpa bebas daripada tuduhan melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA).

Keputusan itu atas sebab keputusan Mahkamah Rayuan dalam Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Awan (APA) adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ia berhubung perhimpunan TURUN bantah Cukai Barangan dan Perkhidmtana, pada malam tahun baru lalu.

sammSementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam twitternya mengucapkan tahniah kepada Badrul Hisham dan pasukannya atas keputusan mahkamah itu.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan membatalkan pertuduhan terhadap Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad yang didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana tidak memberi polis notis 10 hari ketika menganjurkan Himpunan Blackout di Stadium Kelana Jaya, pada Mei 2013.

Ketika membebaskan Nik Nazmi, panel tiga hakim diketuai Hakim Mohd Ariff Mohd Yusof memutuskan Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman (PAA) yang memerlukan rakyat untuk memberikan 10 hari kepada pihak berkuasa sebelum protes sebagai tidak berperlembagaan.

himpunan suara rakyat kelana jaya black 505 03Mahkamah Rayuan memutuskan, polis boleh mengenakan sekatan ke atas himpunan aman tetapi tidak boleh menghukum penganjur atau orang yang berhimpun kerana tidak mematuhinya

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Ariff Md Yusof berkata, apa yang asasnya sah tidak boleh dijadikan asas tindakan jenayah.

Categories
NASIONAL

Tragedi MH370: Najib, Hishamuddin perlu letak jawatan

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 28 APRIL: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein harus malu dengan integriti dan kebertanggungjawaban tinggi ditunjukkan pemimpin Korea Selatan.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, berkata dua gandingan sepupu itu tanpa rasa bersalah terus berpegang teguh kepada jawatan masing-masing walaupun tragedi MH370 kini memasuki bulan kedua.

Katanya, senario itu menunjukkan tahap integriti serta kebertanggungjawaban pemimpin Umno-BN sangat rendah dan merugikan negara.

chegu bard -1“Kalau lihat, skop tanggjawab Perdana Menteri Korea Selatan itu sedikit sangat, tetapi tidak sampai dua minggu beliau sedia lepaskan jawatan tertinggi atas nama integriti dan rasa tanggungjawab atas tragedi kehilangan nyawa itu.

“Najib dan Hishammudin pula bukan sedikit hal, dengan pesawat tidaak jumpa, mangsa entah di mana, kenyataan yang berdolak dalih, radar pun tidak berfungi.

“Namun, kini hampit dua bulan, masih tidak ada rasa ingin bertanggungjawab atas apa berlaku. Itu bezanya pemimpin kita,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Beliau dihubungi bagi mengulas perletakan jawatan Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hong-Won bagi memikul tanggungjawab atas kritikan pelbagai pihak terhadap kerajaan pimpinannya.

Kritikan dibuat ekoran tragedi feri karam 16 April lalu apabila lebih 180 orang disahkan meninggal dunia sementara lebih 110 orang masih belum ditemui.

Shahrin atau lebih dikenali sebagai Chegubard mendesak Najib dan Hishamuddin untuk mengambil langkah sama bagi menjunjung nilai integriti dan kebertanggunjawaban yang sering dicanang mereka.

“Saya minta mereka tampil ke hadapan untuk mengambil tanggungjawab atas apa yang berlaku dan bukan sekadar sekadar beri alasan lagi. Jika tidak, mereka sepatutnya berasa malu bergelar pemimpin sedangkan sifat kepimpinan tiada dalam diri mereka.

mh“Rakyat juga seharusnya dapat menilai dan lihat sendiri jenis pemimpin yang kita ada pada hari ini,” katanya.

Pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk anak kapal dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu dan diumumkan berakhir di selatan Lautan Hindi.

Misi pencarian membabitkan pelbagai negara yang kini memasuki bulan kedua masih gagal menemui sebarang petunjuk jelas berhubung kehilangan pesawat itu.

-NFN-

Categories
NASIONAL SELANGOR

ROS Diminta Selesai Kemelut Kepimpinan Persatuan Bekas Polis

bekas polis

KUALA LUMPUR, 4 FEB: Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) diminta menyelesaikan kemelut kepimpinan yang berlaku di dalam Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) sekaligus memutuskan pucuk pimpinan sebenar yang layak mengemudi persatuan berkenaan.

Kemelut yang bermula sejak tahun 2005 ini timbul ekoran penyelewengan RM200,000 daripada RM500,000 Geran Bantuan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak khusus untuk Tabung Kebajikan dan Pentadbrian Persatuan Bekas Polis yang melibatkan seorang ahli PBPM bernama Shafie Bakri daripada Ibu Pejabat PBPM Pusat.

Naib Presiden PBPM, Nasiruddin Mohamad dalam satu sidang media berkata, sehingga kini pihak ROS masih berdiam diri dan tidak memberikan sebarang jawapan terhadap aduan yang dibuat sebelum ini.

“Menghormati nasihat daripada Penasihat PBPM yang juga Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, satu laporan polis dibuat Mohd Hanafiah Abd Manap, Bendahari Agung PBPM yang juga Pengerusi PBPM Selangor mengenai penyelewengan tersebut.

“(Jumlah) RM200,000 dipindahkan ke akaun sebuah syarikat atas nama KT Solution Enterprise beralamat di Kelang yang kononnya bertindak sebagai orang tengah untuk mendapatkan geran tersebut serta bayaran komisyen,” katanya.

Selain ROS,  laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga dibuat oleh Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard) bersama SAMM Pulau Pinang.

Nasiruddin mendakwa, Shafie yang kini kononnya menjawat jawatan Presiden PBPM didapati terlibat perlanggaran fundamental peruntukkan undang-undang kerana terlibat mengatur kehadiran ‘Perwakilan Haram’ dari Pulau Pinang yang hadir ke Perhimpunan Agung pada 24 Januari 2009 untuk mengundi dan memilih beliau sebagai Presiden sedangkan Pendaftar Persatuan Pulau Pinang  dibubarkan oleh ROS pada 25 Jun 2008.

“Dibuktikan juga wujud pemalsuan tandatangan semasa beliau mengendalikan Mesyuarat Agung Negeri Kedah pada 15 Disember 2008 sebelum berlangsungnya Perhimpunan Agung Pemilihan Ahli Majis Tertinggi PBPM pada 24 Januari 2009.

“Beliau juga didapat terlibat menghantar laporan palsu kepada ROS Wilayah Persekutuan bahawa pemilihan Ahli Majlis tertinggi yang diadakan di Kelab Golf Titiwangsa Kuala Lumpur pada 24 Januari 2009 sebagaimana perintah mahkamah sedangkan semasa melaksanakan perhimpunan tersebut, beliau bersubahat dan dengan sengaja gagal mematuhi Undang-Undang Tubuh serta Akta Pertubuhan 1966 yang boleh menjurus kepada pertuduhan di bawah Seksyen 15 Akta Pertubuhan (Person Responsible For Suplying Information),” ujar beliau lagi.

Sehubungan itu, Nasiruddin mendesak agar ROS mencari jalan penyelesaian alternatif tanpa melibatkan pembubaran persatuan ekoran kesalahan yang dibuat oleh seorang individu.

Tegas beliau, sekiranya berlaku pembubaran persatuan, satu Himpunan Bekas Polis Seluruh Malaysia akan dibuat bagi menuntut hak mereka yang dinafikan akibat penyelewengan pihak tidak bertanggungjawab.

Categories
NASIONAL

Anwar : Pindaan Pertuduhan Kes Bersih 3.0 Cerminkan Pendakwaan Tidak Profesional

KUALA LUMPUR 03 SEPT: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur pindaan pendakwaan terdahapnya dalam kes perhimpunan Bersih 3.0 April lalu yang menyaksikan perbicaraan ditangguh sekali lagi.

“Pendakwaan pinda. Saya tegur kerana Peguam Negara pada awal gopoh kerana nak kenakan (kesalahan) atas arahan politik.

?Jadi kita tengok ada kecuaian dari segi pertuduhan. Belum ada perbicaraan sudah dua kali pinda.

“Inilah bila AG (Peguam Negara) hilang kewibawaan profesionalisma.

?Pertuduhan penting dah beberapa kali pinda. Pertuduhan terhadap Anwar Ibrahim salah sahaja,” katanya di luar kompleks mahkamah Kuala Lumpur di sini.

Hari ini, pihak pendakwaraya mengemukan pindaan ke-tiga terhadap pertuduhan Anwar.

Sebelum ini Anwar dituduh dibawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan berkaitan cubaan untuk merusuh.

Pindaan hari ini memasukkan perkataan bahawa tuduhan tersebut dibaca bersama Seksyen 147 kanun yang sama iaitu, hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dua lagi pertuduhan adalah dibawah seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman, dan di bawah Seksyen 188 dibaca bersama Seksyen 109 dan Seksyen 34 kanun yang sama.

Pertuduhan sama turut dikenakan terhadap Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard).

Dalam prosiding sama, peguam Anwar, Karpal Singh memohon agar  kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Ini kerana Seksyen 4(1)(c) Akta Perhimpunan Awam berkaitan kebebasan berhimpun yang digariskan di dalam Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, kes ini harus didengar di Mahkamah Tinggi kerana di luar bidang kuasa Mahkamah Sesyen.

Hakim Mahmud Abdullah menetapkan 13 September untuk mendengar bantahan dari pihak pendakwaraya yang diketuai oleh Abdul Wahab Mohamad, Mohd Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof terhadap permohonan memindahkan kes tersebut.

Sementara itu Azmin turut melahirkan kekecewaan terhadap pindaan pertuduhan yang membuktikan kelemahan Jabatan Peguam Negara dalam menyiapkan kes ini.

Beliau turut melahirkan keyakinan barisan peguamnya akan melakukan hujah pembelaan sebaik mungkin bagi mengenepikan pertuduhan berbaur politik yang cuba menyekat ruang demokrasi.