Categories
SELANGOR

Boleh bayar kompaun kereta RM15, MPK beri peluang hingga 31 Mei ini

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 21 MEI: Majlis Perbandaran Klang (MPK) melantik 335 ejen yang berdaftar bagi memudahkan orang ramai mendapatkan kupon letak kenderaan dalam usaha memastikan semua lokasi mempunyai sistem letak kenderaan yang tersusun dan sistematik.

Pengarah Jabatan Korporat dan Kemasyarakatan, Zaireezal Ahmad Zainuddin berkata MPK juga akan melaksanakan sistem berkupon terbabit di dua lokasi baru iaitu Simpang Empat Sungai Udang dan Bandar Puteri.

Katanya, bagi kawasan Sungai Udang, orang ramai boleh mendapatkan kupon berkenaan di Kedai Telekomunikasi CLH Enterprise (016-6688657),Stesen Minyak Petron (012-3393536) dan Pasar Mini Badurun Trader (016-2227046).

mpkUntuk kawasan Bandar Puteri, pengguna boleh mendapatkan kupon letak kereta di Stesen Minyak Caltex(012-3018833), Foto LNL (012-6348352), Kedai Alat Tulis Super Win Trading (012-2241633), B&P Stationery and Convenient Shop (016-3354820) dan Kedai Makan Sejuk Beku Permata Hitam Trading (012-3023988).

“Dalam usaha memastikan orang ramai peka dengan sistem yang diguna pakai, MPK juga akan mengecat petak dan pemasangan banting serta papan tanda bagi meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan sistem yang diguna pakai, sejak 2012 itu,” katanya dalam kenyataan di sini.

Zaireezal berkata, MPK menetapkan Majlis RM0.50 sejam untuk setiap kupon, manakala bagi sebuah buku harga dikenakan RM2.50 untuk lima keping.

“Manakala bagi kupon harian, satu kupon berharga RM3.90 bagi sembilan jam dan sebuah buku berharga RM19.50 (lima keping) dan pas bulanan, harga ditetapkan RM80 sebulan.

KEMPEN 2“Pada masa sama, MPK juga memberikan tawaran RM10 bagi bayaran kompaun dalam tempoh tiga hari, sepanjang Mei ini.

“MPK juga mengadakan kempen Tawaran Khas RM15 kepada semua kompaun letak kereta kecuali kesalahan halangan petak Orang Kelainan Upaya (OKU),” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian Bahagian Letak Kereta MPK 03-3375839/8037.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.