Categories
NASIONAL

Rakyat Malaysia perlu tangguh ke Thailand

SHAH ALAM, 21 MEI: Rakyat Malaysia dinasihat supaya menangguhkan lawatan dan tidak perlu ke Thailand susulan penguatkuasaan undang-undang tentera oleh Tentera Diraja Thailand.

Memetik laporan BERNAMA, Kementerian Luar berkata, rakyat Malaysia yang kini berada di Thailand perlu berwaspada dan memantau perkembangan melalui media tempatan dan antarabangsa.

Katanya, terdapat 596 rakyat Malaysia tinggal di Thailand yang sudah berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok.

20112131514269954_20“Tiada laporan berhubung rakyat Malaysia yang terjejas dengan perkembangan terkini di Thailand,” kata kementerian itu.

Katanya, Malaysia berharap semua pihak di Thailand terus berusaha untuk mencari penyelesaian secara aman terhadap kemelut yang dihadapi negara itu.

Malaysia akan terus memantau perkembangan politik di Thailand, menurut kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsulat boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok di talian +662 629 6800 (pada waktu bekerja) atau +687028 4659 (selepas waktu bekerja).

Leave a Reply

Your email address will not be published.