Categories
NASIONAL

ISMA main perkauman alih isu GST, kenaikan kos sara hidup

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 10 MEI: Organisasi bukan kerajaan (NGO) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) tidak bertanggungjawab apabila memainkan sentimen perkauman demi mengalihkan isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan kenaikan kos sara hidup yang membebankan.

Ketua penyelaras NGO Jingga13, Fariz Musa berkata, kenyataan NGO pro Umno yang dianggap sebagai konservatif itu turut memalukan umat Islam negara ini.

jinggadownload“Kenyataan presiden NGO konservatif, ISMA menggelar masyarakat Cina Malaysia sebagai ‘penceroboh’ dan ‘membuli orang Melayu’ hanya mengalihkan isu pokok.

“Kenyataan itu sebenarnya bertujuan mengalihkan isu kezaliman dilakukan kerajaan terhadap rakyat dan ini termasuk isu Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA),” kata Fariz dalam kenyataan medianya di sini.

Katanya lagi, pertubuhan yang berusaha melabelkan diri sendiri kononnya Islamik itu hanya memberi persepsi negatif masyarakat bukan Islam terhadap Agama Islam sendiri.

Faris turut menggesa agar ISMA bersikap matang dan bertanggungjawab dengan tidak mengeluarkan kenyataan provokasi bagi mencetuskan ketegangan kaum.

“Tujuan akhir kontroversi ini dicetuskan adalah bagi meraih sokongan politik kepada Umno-BN,” ujarnya lagi.

Tambahnya, sejak kebelakangan ini isu perkauman dan agama semakin kerap digunakan akibat dorongan pihak yang bimbang melihat sokongan kuat rakyat berbilang kaum terhadap Pakatan Rakyat (PR).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.