Categories
SELANGOR

JKKK Hulu Bernam Selatan anjur Cabaran Futsal tawar hadiah RM8,000

SHAH ALAM 14 MEI: JKKK Hulu Bernam Selatan menganjurkan Cabaran Bakat Futsal Hulu Bernam 2014 (CBFHM) bawah 18 tahun yang akan berlangsung di Gelanggang Futsal Hulu Bernam, Selangor pada 31 Mei ini.

Pengarah Program, Abd Arif Abdullah berkata pihaknya mahu sambutan pasukan pada tahun ini lebih hebat daripada tahun sebelum ini.

Ia bagi melahirkan generasi cergas sambil menjadikan sukan sebagai medan mengeratkan silaturrahim.

Kejohanan menawarkan hadiah wang tunai dan barangan keseluruhan dianggarkan bernilai lebih RM8,000.

abdul arif abdullahJuara membawa pulang wang tunai RM1,500, trofi, pingat, barangan tajaan manakala naib juara RM1,000, pingat, barangan tajaan dan tempat ketiga/keempat masing-masing akan menerima RM400.

Yuran penyertaan adalah RM120 sepasukan dan hanya menerima 48 pasukan sahaja. Penganjur menggunakan pendekatan ‘siapa cepat dia dapat’.

Menariknya 20 pasukan yang mendaftar terawal bakal menerima baju-T percuma.

“Kami sudah dua tahun menganjurkan kejohanan sambutannya amat memberangsungkan namun tahun kami mahu lebih banyak pasukan menyertai.

“Matlamat utama kami mahu lebih ramai pengbabitan anak muda seluruh negara dan secara tidak langsung dapat mengalih perhatian mereka yang cenderung ke arah aktiviti kurang sihat,” katanya.

Borang penyertaan boleh dimuat turun melalui www.arenafutsal.my dan www.syoknyasukan.com atau menghubungi Abd Arif di talian 019-3414083 atau 019-3567071.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.