Categories
NASIONAL

JPP anggap protes ahli normal, tidak akan ambil tindakan

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 21 MEI: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas penunjuk perasaan yang berhimpun di depan bangunan ibu pejabat parti itu, malam tadi (20 Mei).

Pengerusi JPP, Datuk Johari Abdul, berkata sebagai parti yang mengamalkan demokrasi setiap individu mempunyai hak untuk berhimpun, namun perlu diadakan secara aman.

Katanya, pihak JPP menganggap protes itu sebagai tindakan normal dalam parti politik.

johari abdul parlimen 01“Tidak ada yang luar biasa dengan tindakan itu, kita anggap protes terbabit sebagai tindakan dalam parti politik,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR Petaling Jaya, hari ini.

Semalam, sekumpulan ahli PKR yang tidak puas hati dengan perjalanan pemilihan parti itu mengadakan bantahan di luar ibu pejabatnya dengan mencemuh pemimpin parti yang sedang mengadakan mesyuarat biro politik, kira-kira jam 8 malam.

Kira-kira 60 orang berkumpul di luar ibu pejabat PKR bagi membantah kaedah sistem pengundian yang diguna pakai pada pemilihan parti itu dan menjadikan penyandang kerusi Timbalan Presiden, Azmin Ali serta Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin sebagai sasaran masing-masing.

2c93af92c91d6b10ddb088b37ca10810Mengulas himpunan itu, Johari berkata, isunya adalah ahli parti yang membuat bantahan mengadakan perhimpunan dan menggunakan sistem pembesar suara sehingga mengganggu ketenteraman jiran.

“Mereka berhimpun secara aman, tidak ada senjata. Cuma, oleh kerana pembesar suara digunakan jadi sudah mengganggu, tetapi kita boleh kawal situasi itu,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.