Categories
NASIONAL

JPP belum terima bantahan rasmi keputusan minggu pertama pemilihan

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 5 MEI: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR 2014 setakat ini belum menerima bantahan rasmi terhadap jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam keputusan minggu pertama pemilihan.

Pengerusi Panel Bantahan JPP, Abd Malek Hussin, berkata anggota parti yang mahu mengemukakan bantahan atau aduan berhubung pemilihan boleh menggunakan boran bantahan (borang 4) untuk pihak JPP mengambil tindakan jika benar.

Katanya, JPP sudah bertindak ke atas 12 cabang di bawah Seksyen 9.3 Peraturan Pemilihan Parti dan seorang pegawas digantung tugas sehingga kini.

25b0b810e1e3e9475810e59d3915f4c4“Bagi minggu pertama, tujuh kawasan akan diadakan pemilihan semula ekoran timbul beberapa masalah.

“Tujuh kawasan itu membabitkan Terengganu iaitu kawasan Setiu, Kuala Nerus, Dungun dan Kemaman. Manakala, Melaka membabitkan Bukit Katil dan Pahang bagi kawasan Paya Besar serta Jerantut,” katanya menerusi laman sosial twitter.

Bagi minggu kedua, pemilihan semula akan diadakan di Tawau bagi jawatan Naib Presiden dan pemilihan semula AMK cabang akan diadakan di Sungai Petani dan Papar.

Selain itu, bagi pemilihan MPP dan cabang akan diadakan pemilihan semula di Tenom, Keningau dan Nibong Tebal.

“JPP bertindak ke atas 12 cabang, tujuh cabang perlu adakan semula pemilihan di peringkat MPP. Manakala, lima lagi cuma jawatan cabang sahaja,” katanya.

Sebelum ini, keputusan pemilihan PKR di Batang Sadong, Sarawak dibatalkan berikutan wujud unsur penipuan dalam proses pengundiannya.

Keputusan penuh boleh diperoleh dengan melayari di laman web http://pemilihan2014.keadilanrakyat.org.

logo-pkr (1)Minggu pertama pengundian berakhir 27 April lalu membabitkan pemilihan di enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak, Johor dan Melaka.

Proses pengundian disambung 2 Mei lalu di Perlis, Kedah dan Sabah diikuti Pulau Pinang, Perak dan Sabah (4 Mei), manakala Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan (10 Mei) serta Selangor (11 Mei).

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.