Categories
SELANGOR

Jualan amal bantu tingkat dana tabung atlet paralimpik negara

Oleh: Raheemie Arifin

KELANA JAYA 31 MEI: Jualan amal bagi mengisi tabung atlet paralimpik yang akan bertanding ke Incheon, Korea Selatan diadakan di sini bagi mempertingkatkan dana untuk pasukan itu.

Dalam program Jualan Amal yang diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), peserta turut berpeluang membeli jualan cendermata dan makanan di gerai yang disediakan.

DSC_2987Isteri Menteri Besar, Datin Seri Puan Seri Salbiah Tunut turut sama hadir memeriahkan program bagi memberikan galakan dan motivasi kepada program kebajikan itu.

Turut hadir dalam majlis itu adalah Exco Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail.

Setiausaha Agong Majlis Paralimpik Malaysia, Siti Zaharah Abdul Khalid berkata tujuan utama program itu adalah bagi mempertingkan jumlah dana tabung untuk atlit Paralimpik Malaysia.

Beliau berkata pihaknya berterima kasih kepada sukarelawan majlis sukan Paralimpik dan pihak MBPJ kerana sudi memberi ruang tempat dan alatan untuk kelancaran program itu.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.