Categories
SELANGOR

KJ buat lawak, anggap Kerajaan Pusat suci dalam krisis air Selangor

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 7 MEI: Tindakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) yang berterusan mahu menggambarkan Kerajaan Pusat sebagai suci dalam krisis air dilihat sebagai satu lawak jenaka.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, berkata KJ mahu meletakkan kesalahan di atas keengganan Kerajaan Negeri dan rakyat Selangor untuk berkompromi dengan tuntutan tidak masuk akal syarikat konsesi yang hakikatnya ditanggung Kerajaan Pusat.

Katanya, KJ seperti memberitahu Kerajaan Negeri tidak bertanggungjawab apabila tidak bersetuju untuk mengkayakan syarikat kroni Barisan Nasional (BN) itu.

KHAIRY“Kerajaan Negeri melakukan perkara paling logik apabila menawarkan pada tahun 2009 iaitu memberi syarikat konsesi pulangan minimum 12 peratus bagi mengambil alih semua syarikat berkenaan.

“Bagaimanapun mereka tidak berpuas hati dan meminta ganti rugi untuk kerugian pada masa hadapan. Kalau kita setuju bayar kerugian mereka pada masa hadapan, tidak perlu susah-susah ingin ambil alih,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, KJ dilaporkan berkata, sikap degil Kerajaan Negeri membenarkan kenaikan tarif elektrik dan kegagalan mengambil alih aset air menyebabkan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) gagal mengatasi masalah air tidak berhasil (NRW).

pix-for-wawancara-tony-pua-DALAM1KJ juga menyalahkan Kerajaan Negeri kerana tidak bersetuju dengan Projek Langat 2 hingga menyebabkan krisis air berlaku.

“Pertama sekali, ketahuilah KJ, projek Langat 2 tetap tidak akan siap segera walaupun persetujuan ditandatangani, pada tahun 2009.

“Keduanya, Kerajaan Pusat jangan asyik melarikan diri, sedangkan mereka sendiri yang menolak untuk bekerjasama bagi menjayakan penstrukturan semula industri air,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.