Categories
SELANGOR

MB: Sistem pengangkutan awam dipertingkat, sasar penggunaan 20%

Oleh: Lizawati Madfa

SUBANG JAYA 20 MEI : Program Bus Rapid Transit (BRT) akan dilaksanakan dalam tahun ini bagi memperluaskan lagi sistem pengangkutan awam di Selangor.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, projek utama pengangkutan awam itu dikendalikan jawatankuasa pengangkutan yang ditubuhkan Kerajaan Negeri dengan kerjasama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

pengangkutanKatanya, penyediaan BRT kini sudah memasuki peringkat perancangan secara terperinci dan bukan percancangan secara umum lagi serta merupakan sebahagian daripada Rancangan Struktur Negeri Selangor (RSNS) 2035.

“Kertas kerja semua sudah disiapkan malah rancangan ini sudah memperoleh keputusan dan persetujuan kabinet serta bersedia untuk pelancaran dan pelaksanaan.

“Kita mahu buat persediaan untuk membantu rakyat bergerak dengan pantas, cepat dan murah. Tidak ada lagi alasan bas lambat dan sebagainya,” katanya dalam sidang media di sini.

c2Terdahulu, beliau hadir merasmikan Rancangan Struktur Negeri Selangor (RSNS) 2035 di Holiday Villa yang turut hadiri barisan Exco Negeri, Iskandar Abdul Samad dan Dr. Halimah Ali.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata rancangan BRT antara lain melibatkan laluan di sekitar Sunway dan laluan dari Klang ke Kuala Lumpur.

“Kita cuba dahulu di kawasan ini, sekiranya berjaya barulah kita akan cuba laksanakan di kawasan lain pula,” katanya lagi.

Kerajaan Negeri mensasarkan penggunaan pengangkutan awam akan meningkat kepada sekurang-kurangnya 20 peratus berbanding penggunaan semasa yang berada pada kadar sepuluh peratus.

Selain laluan bas, Kerajaan Negeri turut memberi tumpuan kepada pembangunan Aliran Transit Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT) dan pembangunan lebuh raya di sekitar Selangor.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.