Categories
NASIONAL

Peguam: Pesalah trafik perlu dibawa ke Mahkamah Majistret, bukan terus dilokap

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM 20 MEI: Pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap dan ditahan polis perlu dibawa terus kepada Mahkamah Majistret untuk memberikan penjelasan mengenai saman yang mereka.

Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran berkata kuasa menggunakan waran tangkap adalah dalam kes yang amat perlu seperti seseorang yang disaman berulangkali dan diminta hadir ke mahkamah namun masih enggan berbuat demikian.

lokap“Kalau waran tangkap sudah dikeluarkan itu memang ada prosiding mahkamah, tidak adil juga waran tangkap dikeluarkan.

“Dalam keadaan itu tangkapan boleh dibuat, tapi tidak boleh ditahan di lokap.

“Apabila tangkapan seperti itu dibuat mesti bawa terus kepada majistret dan beri peluang kepada orang tersebut untuk menjelaskan jumlah yang perlu dibayar saman itu,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Sebelum ini, Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latif dilaporkan berkata Pesalah trafik yang memiliki waran tangkap akan terus ditahan di lokap jika mereka masih enggan menyelesaikan waran.

Sementara itu, Penasihat Undang-Undang Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Zulhazmi Shariff yang turut mengulas perkara ini menyatakan prosedur berkaitan Waran Tangkap diperuntukkan dengan jelas di dalam Kanun Tatacara Jenayah (Criminal Procedur Code) di dalam Bahagian III Seksyen 38 – Seksyen 43.

Katanya, Seksyen 42 Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan dengan jelas bahawa seseorang yang diserahkan waran tangkap hendaklah dengan seberapa segera dibawa ke mahkamah.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.