Categories
NASIONAL

Pemilihan Naib Presiden PKR: Nurul Izzah perolehi undi tertinggi atasi 13 calon

SHAH ALAM 19 MEI: Keputusan rasmi Pemilihan PKR 2014 yang melibatkan jawatan Naib Presiden menunjukkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar meraih jumlah undi tertinggi setakat ini dengan memperolehi 16,698 undi.

nurul izzah ipad 01Menduduki tempat kedua adalah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang memperolehi 14,798 undi manakala Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memperolehi 12,960 undi.

Ditangga keempat adalah Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mendapat 9,718 undi manakala seterusnya Baru Bian dengan mendapat 9,286 undi.

Seramai 14 calon mencuba nasib untuk merebut jawatan Naib Presiden pada pemilihan PKR kali ini.

Keputusan itu bagaimanapun tidak meliputi jumlah undi daripada pemilihan di 27 bahagian yang masih tergantung.

Keputusan rasmi berkenaan disiarkan di laman rasmi pemilihan PKR hari ini.

Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR (JPP) pada 7 Mei lalu mengumumkan pemilihan di 17 cabang terpaksa diadakan semula kerana isu manipulasi undi membabitkan kepimpinan tertinggi parti itu.

Ia melibatkan empat cabang di Terengganu (Setiu, Kuala Nerus, Kemaman, Dungun) dan masing-masing dua di Pahang (Paya Besar, Jerantut); Johor (Pengerang, Tenggara); Sarawak (Batang Sadong, Kapit) dan Sabah (Tenom dan Keningau).

Cabang terbabit sepatutnya mengadakan pemilihan semula pada 17 Mei lalu.

JPP mengumumkan, empat lagi cabang terbabit iaitu Tawau dan Papar di Sabah, Bukit Katil (Melaka) dan Sungai Petani (Kedah) akan mengadakan pemilihan semula pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

JPP pada 11 Mei seterusnya mengumumkan, pemilihan terpaksa digantung di cabang Kota Raja, Kuala Selangor, Subang, Hulu Langat, Sabak Bernam, Kuala Langat, Sepang, Klang dan Selayang.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.