Categories
NASIONAL

Pemilihan PKR: Peluang Abdul Khalid menang Timbalan Presiden cerah

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 15 MEI : Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berpeluang tinggi untuk merangkul jawatan Timbalan Presiden PKR berikutan jumlah undi yang diperolehi beliau setakat ini adalah kira-kira 10,800 undi.

Jumlah undi itu sekaligus menunjukkan Abdul Khalid kini mengekori rapat penyandang jawatan berkenaan yang juga Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang setakat ini memperoleh sekitar 11,300 undi.

mb khalid ibrahim kongres ke 9 PKR 04Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Azman Bidin, berkata berdasarkan anggaran undian itu, perbezaan undi antara Abdul Khalid dan Azmin dianggarkan kurang 1000 undi setakat ini.

“Pencapaian semasa ini merupakan perkembangan yang memberangsangkan memandangkan keputusan rasmi pada 9 Mei sebelum ini, perbezaan undi antara Abdul Khalid Azmin Ali adalah sebanyak 3659 undi.

“Melalui mood dan ‘trend’ pengundian di Wilayah Persekutuan dan cabang-cabang di Selangor yang keputusannya diterima oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), kami menganggarkan keputusan undian kepada Abdul Khalid Ibrahim di cabang-cabang yang dibatalkan dan masih ditangguhkan akan melonjak naik,” katanya dalam satu kenyataan.

Azman berkata kiraan itu diperolehi setelah ditolak undian cabang yang dibatalkan dan ditangguhkan pengundian, baru-baru ini.

Pemilihan 2014Katanya jumlah undi berkenaan hanya mengambil kira keputusan yang diterima oleh JPP sahaja iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan serta dicampur dengan jumlah rasmi semasa seperti yang tertera di laman web pemilihan PKR 2014.

“Anggaran ini berdasarkan cabang-cabang yang dibatalkan atau ditangguhkan yang telah dikenalpasti sebagai kubu kuat beliau.

“Situasi semasa ini memberikan kami kedudukan yang sangat positif di mana jika pengundian semula dan kiraan yang masih berlangsung ketika ini dibuat secara telus, bebas dan berintegriti, PKR bakal memperoleh Timbalan Presiden baru untuk penggal kepimpinan yang akan datang,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.