Categories
SELANGOR

Red Giants tumbangkan Tok Gajah 1-0, pendahulu Liga Super baru

SHAH ALAM 11 MEI: Pasukan Bola Sepak Selangor, Red Giants membuktikan kehebatan apabila menewaskan Pahang 1-0 di Stadium Darul Makmur, malam tadi, sekali gus muncul tampil sebagai pendahulu Liga Super yang baru.

Jaringan penyerang dari Indonesia, Andik Vermansah pada minit ke-64 memusnahkan rekod tanpa kalah Pahang.

kedudukanSelangor, yang sebelum perlawanan menghuni tempat kedua, hanya ketinggalan kepada Pahang berdasarkan jumlah gol, kini mengumpul 31 mata manakala Pahang di anak tangga kedua dengan 28 mata.

Bagi Pahang, mereka perlu menyalahkan diri sendiri kerana walaupun menguasai permainan dengan melakukan cubaan berbahaya ke kubu Selangor, mereka terus gagal merobek kekentalan pertahanan lawan sebaik perlawanan bermula.

Peluang terbaik tuan rumah hadir menerusi penyerang import dari Argentina, Matias Conti yang menyepak deras tetapi penjaga gol Selangor, Mohd Farizal Marlias menepis keluar bola pada minit ke-13.

Selangor kemudian cuba menguji barisan pertahanan skuad Tok Gajah yang diketuai kapten, Mohd Razman Roslan yang menyaksikan tuan rumah kekal bertahan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.