Categories
NASIONAL

Rodziah yakin sokongan tinggi di cabang ada pemilihan semula

Oleh : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 27 MEI: Calon Ketua Wanita Pemilihan PKR, Rodziah Ismail yakin mampu memperolehi sokongan padu daripada ahli di cabang yang menjalankan pemilihan semula.

Keyakinan itu dizahirkan Rodziah berikutan undian yang diperolehi beliau di cabang yang dibatalkan adalah tinggi.

Pemilihan 2014Kata Rodziah, beliau dimaklumkan oleh wakil-wakil calon yang memantau proses pengiraan undian sebelum Pengawas Pemilihan membatalkan keputusan cabang-cabang terlibat.

“Momentum ini dapat dikekalkan dan saya berharap dan percaya Pengawas Pemilihan di pusat mengundi dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dapat menjalankan amanah dengan jujur dan telus.

“Ruang untuk menang itu ada, khususnya di Selangor sendiri memberikan saya undian yang tinggi cuma tinggal lagi keputusan banyak cabang dibatalkan pula.

“Sejak mula pemilihan sokongan baik. Saya yakin ahli parti membuat pilihan yang sebaik mungkin dan peluang agak cerah,” kata beliau kepada Selangor Kini selepas merasmikan Kursus Intensif Perkembangan Kanak-kanak di Intekma Resort baru-baru ini.

rodziah-ceramah-biru-01Ketika menyentuh isu bantahan dalam pemilihan kali ini, Rodziah memberitahu pihak JPP perlu mengatasi semua kekangan yang wujud dalam menjalankan amanah yang diberikan.

“Penggal kedua PKR mengadakan pemilihan satu ahli satu undi nampaknya lebih mematangkan apabila semua bantahan yang bukan sedikit didengar.

“Ada kekangan pada JPP ini tetapi tidak kira sesiapa di dalam parti sama ada calon atau kepimpinan parti, peranan terbaik adalah pastikan ada penambahbaikkan,” kata beliau lagi.

Kata Rodziah lagi, hanya cara ini mampu mengelakkan tanggapan negatif di kalangan anggota parti.

Ia sekaligus memelihara imej PKR sebagai sebuah parti yang benar-benar memperjuangkan keadilan dan demokrasi termasuk dalam PKR sendiri.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.