Categories
NASIONAL

SAMM tidak bergaduh dengan Unit Amal PAS

KUALA LUMPUR, 2 MEI: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menafikan berita yang tersebar di dalam laman sosial bahawa anggotanya terbabit dalam insiden pergaduhan dengan Unit Amal PAS pada Himpunan Turun 501, semalam.

Penyelaras SAMM Kelantan, Haji Osama, berkata kehadiran anggota SAMM dengan baju hitam menyamai kumpulan tidak dikenali yang juga menggunakan baju warna sama mungkin menyebabkan kekeliruan.

“Memetik beberapa kenyataan atas talian berkenaan pergaduhan antara SAMM dan Unit Amal PAS pada hari ini (semalam), saya dengan ini menegaskan bahawa bukan SAMM yang bergaduh dengan Unit Amal PAS.

samm“Mungkin SAMM yang kebetulannya berada di tempat dan keadaan yang hampir sama dengan kumpulan yang juga berbaju hitam,” katanya dalam kenyataan media, di sini,

Osama berkata, perarakan kumpulan SAMM bermula dengan baik dari KLCC ke Dataran Merdeka manakala kenderaan milik aktivis SAMM diletakkan di kawasan yang dibenarkan.

Katanya, SAMM menghargai dan menyanjung tinggi tugas Unit Amal yang banyak membantu melancarkan perjalanan himpunan semalam.

“Saya menyeru pihak yang memainkan sentimen ini menghentikan segera kerana SAMM dengan PAS dan Unit Amal sering bekerjasama dalam hampir semua program untuk menumbangkan kerajaan yang zalim hari ini,” katanya.

Osama berkata, selaku badan bukan kerajaan yang bukan bersifat kepartian, ramai ahli SAMM turut menyertai PAS.

Leave a Reply

Your email address will not be published.