Categories
SELANGOR

Semua kaum harus jaga jati diri, kekal budaya nasional

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 18 MEI : Kira-kira 2,000 penganut Buddha hadir meraikan Sambutan Hari Wesak peringkat negeri Selangor 2014 yang diadakan di Dewan Jubli Perak, di sini, semalam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut meluangkan masa selama dua jam bersama meraikan sambutan terbabit.

Dalam ucapannya, Abdul Khalid menyeru supaya semua pihak dan kaum dapat membina dan mempertahankan jati diri dalam hubungan sesama manusia.

IMG_1518a“Saya berharap kita semua akan terus menjaga jati diri sebagai rakyat Malaysia yang berbudaya rasional dan rendah diri,” katanya.

Beliau berkata, walaupun negeri itu dipimpin rang Islam, namun Kerajaan Negeri sentiasa membantu agama lain dalam aspek kebajikan.

“Sebagai Kerajaan Negeri yang mengutamakan kebajikan rakyat, setiap tahun kita bantu mereka bagi menjalankan aktiviti yang bermanfaat. Kita peruntukan RM3juta setahun untuk kebajikan agama lain selain Islam,” katanya.

Abdul Khalid turut menegaskan Kerajaan Negeri juga tidak sesekali mendokong usaha atau tindakan negatif yang boleh memecahkan perpaduan masyarakat majmuk.

“Kerajaan Negeri akan mengekang usaha daripada pihak tidak bertanggungjawab yang boleh menggugat keharmonian penduduk di negeri ini,” katanya.

IMG_1537aHadir sama Pengerusi jawatankuasa penganjur itu, Loka Ng Sai Kai dan Exco Pelaburan, Ean Yong.

Sementara itu, Loka menyeru supaya penganut mengambil langkah berhati-hati terhadap mesej negatif yang disampaikan oleh media sosial.

Katanya, hal itu bagi mengelakkan reaksi yang boleh menggugat keselamatan negara.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.