Categories
SELANGOR

MiMBAR dorong kejayaan peniaga, salur motivasi berterusan

Oleh: NORFARAHIDAYU BAHARUDIN

SHAH ALAM, 29 MEI: Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) Selangor terus menghargai peserta yang cemerlang dalam perniagaannya melalui Program Success Story MiMBAR Selangor.

Pengurus Jabatan Promosi dan Acara MiMBAR, Hafizatul Akma Othman, berkata MiMBAR Selangor lebih fokus dalam membuat pemantauan ke atas peserta mereka tahun ini.

“Ramai peserta MiMBAR yang masih ramai kurang motivasi dalam perniagaan mereka. Oleh itu, MiMBAR berharap program ini dapat memberikan motivasi atau dorongan kepada peniaga kecil ini untuk terus berjaya,” katanya.

mimbar logoBuat pertama kalinya, MiMBAR Selangor memilih Pengusaha Kek dan Roti, Arbaiyah Ahmad, 47, sebagai peserta cemerlang dari zon Shah Alam.

“Arbiy-bakery ini adalah peserta pertama yang kita pilih berdasarkan penilaian dan pemarkahan daripada segi perniagaannya yang berkembang selain kehidupan sosialnya yang berubah serta pembayaran balik yang konsisten,” katanya.

MiMBAR Selangor akan menghargai jasa pesertanya dengan menambahbaik keadaan kedai selain menambah peralatan perniagaan yang diperlukan peserta.

Seramai 30 orang kakitangan MiMBAR Selangor hadir bagi menjayakan program itu bersama “Arbiy-Bakery” yang terletak di Seksyen 17, di sini.

pic- SKIMSEL&MIMBARSementara itu, Arbiyah berkata, dia memulakan perniagaan di rumah dan kini siapa sangka perniagaannya maju hasil daripada program serta kursus yang diberikan MiMBAR.

“Alhamdulillah, saya sangat gembira dan bersyukur apabila dipilih sebagai salah seorang peserta MiMBAR Selangor yang cemerlang. Pada saya, MiMBAR memang sangat membantu peniaga kecil untuk terus bertapak dalam perniagaan” katanya.

Turut hadir pada program itu adalah Pengurus Kanan Operasi MiMBAR, Tuan Syed Putra dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad serta Exco Kebajikan, Rodziah Ismail.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.