Categories
NASIONAL

3 pemimpin mahasiswa UM terima surat tunjuk sebab

SHAH ALAM, 9 MEI: Tiga pemimpin Majlis Perwakilan Mahasiswa Univerisiti Malaya (UM) diberi surat tunjuk sebab ekoran mengadakan protes ketika lawatan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke kampus terbabit.

Memetik Malaysia Kini, tiga pelajar itu adalah Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa, Lee Jin Yang, Setiausaha, Fahmi Zainol dan Timbalan Setiausaha, Leong Yu Sheng.

Surat tunjuk sebab itu dikeluarkan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UM melalui emel kepada mereka, semalam (8 Mei).

8eb73517256287ca2254e274601f824aPelajar itu mengadakan protes ringkas berkenaan Perjanjian Perdagangan Trans Pasifik (TPPA) dan sokongan kepada rakyat Mesir ketika Obama datang ke UM dalam sesi pertemuan bersama peserta Young Southeast Asian Leadership Initiative, pada 27 April lalu.

“Kami menerima surat yang mendakwa melanggar dan menjejaskan nama baik universiti kerana mempamerkan plakad bertulis ‘No TPPA’ dan logo pasal kes di Mesir,” kata Leong.

Leong berkata, mereka diberi masa selama tujuh hari daripada tarikh surat berkenaan untuk memberi jawapan balas kepada bahagian HEP dan pihaknya akan mengadakan sidang media berhubung isu terbabit, pada jam 3 petang ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.