Categories
NASIONAL

Ustaz Azhar Idrus jadi ‘penjaga gol’ padang futsal

Oleh: MOHD EZLI MASHUT

SHAH ALAM, 7 MEI: Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) yang sering kali menggamit ribuan kehadiran orang ramai ke majlis ilmunya terpaksa menjadi ‘penjaga gol’ ekoran kuliah bulanannya di Masjid Kampung Butut, Kuala Berang, Terengganu dihalang.

Lokasi berkenaan dijadualkan mendapat kunjungan UAI dua bulan sekali, namun program ilmu yang mendapat sambutan ramai itu tidak lagi dibenarkan dan terpaksa berpindah ke padang Futsal Kg Butut.

Ketua Pemuda PAS Terengganu, Kamaruzaman Abdullah, berkata kejadian memalukan itu tidak harus berlaku di negeri yang majoriti masyarakat dan semua pemimpin negeri juga beragama Islam.

futsal“Lebih memalukan, Kuala Berang dibuktikan dengan sejarah sebagai daerah paling awal menerima ajaran Islam,” kata Kamaruzaman dalam kenyataan yang dipetik dari Facebooknya.

Beliau berkata, majoriti yang hadir ke kuliah UAI adalah anak muda dan itu adalah perkembangan sihat dengan pendekatannya berjaya membawa golongan berkenaan cintakan ilmu.

“Selayaknya majlis majlis ilmu diperbanyakkan lagi, namun hari ini keadaan sebaliknya berlaku. Majlis ilmu disekat dan pada masa sama program maksiat terus dianjurkan,” katanya.

Beliau mendesak Pejabat Agama Hulu Terengganu tampil memberi penjelasan kepada penghalangan program ilmu seperti itu.

ceramah futsal“Seandainya ada kekurangan carilah jalan penyelesaian. Program seumpama ini seharusnya dilihat dil uar garis politik kerana jika lahir masyarakat berilmu, maka manfaat besar diperoleh semua,” katanya.

Sementara itu, Aki Ecah di laman facebooknya berkata, Presiden Barack Obama dibenarkan memasuki Masjid Negara dalam lawatannya ke Malaysia, baru-baru ini.

“UAI hendak mengajar agama tidak boleh dalam Masjid?,” soalnya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.