Categories
KENYATAAN MEDIA

ABIM kesal kenyataan Zahid, jejas imej Islam

Oleh: AMIDI ABDUL MANAN

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat kesal dengan respon yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri berkaitan insiden kepala lembu yang ditinggalkan di luar rumah seorang ahli politik beragama Hindu di Pulau Pinang. Perbuatan itu dengan jelas adalah satu penghinaan terhadap agama Hindu.

Respon yang diberikan oleh beliau tidak mencerminkan ajaran Islam. Islam mengajar umatnya agar menghormati agama lain dan menegah sebarang perilaku yang bermotifkan penghinaan.

Tegahan ini jelas disebut dalam Surah al-An’am ayat 108 yang menegaskan bahawa penghinaan terhadap sembahan agama lain akan menyebabkan penganut agama lain menghina agama Islam. Respon yang sedemikian memberikan imej yang negatif selaku pemimpin ‘negara Islam’ yang tidak mempraktikkan ajaran al-Quran.

Sepatutnya kenyataan berkaitan status Malaysia sebagai negara Islam mestilah disertai dengan perkataan, sikap dan tindakan yang benar-benar menepati ajaran Islam terutamanya perkara yang berkaitan dengan perhubungan antara pelbagai agama.

# Amidi Abd Manan adalah Presiden ABIM

Leave a Reply

Your email address will not be published.