Categories
NASIONAL

Anwar: Kritik Sultan, jika Umno dan Utusan buat tak apa

SHAH ALAM 10 JUN: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan NGO pro-Melayu lain tidak melenting walau Umno melalui lidah rasminya Utusan Malaysia mengkritik Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014.

“Jika Umno dan Utusan buat, tak apa. Jika kita yang buat, mereka akan terus bertindak dan ISMA akan melenting,” katanya.

anwar pc close 01Beliau merujuk kepada kritikan disuarakan pemimpin Umno dan akhbar itu ke atas rang undang-undang yang pada awal memberi kuasa kuasa pentadbiran Sultan Johor dalam lembaga perumahan.

Rang undang-undang itu diluluskan di DUN Johor semalam dengan pindaan menggugurkan kuasa sultan.

“Apa yang mendiang Karpal Singh kata mengenai Sultan (sehingga didakwa mengikut Akta Hasutan) lebih ringan berbanding apa yang Utusan dan Umno lakukan,” kata Anwar dipetik Malaysiakini.

Anwar juga menegir pasukan penguatkuasa agama Selangor dan Pulau Pinang dalam menangani isu mutakhir ini.

“Ini ada petanda yang berbahaya kepada Malaysia, bukan sahaja kepada bukan Islam tetapi kepada orang Islam yang tenang dan tidak mahu dianggap angkuh.

“Janganlah dilihat seperti menghina kaum lain,” katanya dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.