Categories
NASIONAL

Bekalan air di Lembah Klang semakin pulih

SHAH ALAM, 28 JUN: Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) mengumumkan bekalan air di beberapa kawasan di Wilayah Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, dan Klang/Shah Alam semakin pulih mulai 26 Jun lalu.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred, berkata paras air di Sungai Selangor bertambah baik dan Loji rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) beroperasi seperti biasa.

“Secara keseluruhannya, Wilayah Petaling mencatat pemulihan 90 peratus, Gombak (83.5 peratus), Kuala Lumpur (50 peratus), manakala Klang/Shah Alam (77.5 peratus).

syabass“Namun, pemulihan sepenuhnya bekalan air di kawasan berkenaan amat bergantung kepada tahap pengeluaran air semasa loji rawatan itu bagi menampung permintaan air daripada pengguna,” katanya yang dipetik daripada BERNAMA.

Beliau berkata, gangguan bekalan yang berlaku sebelum ini adalah disebabkan pengeluaran air terawat dari LRA SSP3 tidak dapat menampung permintaan pengguna selepas berlaku penurunan paras aliran air mentah di Sungai Selangor.

Sementara itu, gangguan bekalan di Wilayah Hulu Langat belum pulih disebabkan bekalan air terawat LRA Sungai Semenyih dan LRA Sungai Langat tidak mampu menampung permintaan air di kawasan terbabit walaupun dua loji beroperasi pada tahap maksimum.

Leave a Reply

Your email address will not be published.