Categories
NASIONAL

Buah dadu tak boleh dibuka lebih sekali, jangan tipu rakyat

SHAH ALAM, 11 JUN: Langkah Kerajaan Pusat mengumumkan bantuan RM500 kepada penoreh getah susulan kejatuhan harga getah yang melanda negara tidak menyelesaikan masalah secara tuntas dalam jangka masa panjang.

Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat, berkata langkah populis dan klise itu tidak ubah sama sekali seperti’gula-gula’ BR1M yang diberikan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam PRU yang lalu.

“Yang kita mahukan adalah satu dasar dan langkah afrimatif yang mampu memberikan kesan jangka panjang,” katanya dalam kenyataan media.

Suhaizan-KaiatBeliau juga mencadangkan Kerajaan Pusat membenarkan Lembaga Getah Malaysia (LGM) menentukan harga getah ladang bagi mengelakkan eksploitasi harga oleh orang tengah.

Suhaizan berkata, langkah itu hanya memperbodoh dan mempermainkan penoreh getah.

“Kamu harus belajar daripada (pelakon pupular) Ibrahim Pendek dalam filem Ali Baba Bujang Lapok dengan 40 Penyamun.

“Buah dadu tak boleh dibuka lebih dari sekali pusingan. Kamu tipu rakyat sekali lagi dengan RM500, rakyat akan semakin membenci kamu,” katanya.

getah kain rentang 1.80Katanya, langkah itu juga melambangkan BN terdesak selepas himpunan besar-besaran di Baling yang menyatakan kemarahan penoreh ekoran menjunamnya harga getah skrap sehingga RM1.90/kg.

Kerajaan hari ini mengumumkan bantuan RM500 kepada penoreh getah sama seperti yang diterima pekebun kecil komoditi bagi membantu mereka susulan kejatuhan harga getah pasaran.

Menteri Perusahaan, Peladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah Embas, berkata kerajaan juga sedang mempertimbang mekanisma menentukan harga getah pasaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published.