Categories
SELANGOR

MB: 37 operasi pembenihan awan dijalankan persiapan El-Nino

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 11 JUN: Sebanyak 37 operasi pembenihan awan dijalankan di Selangor dengan melibatkan kepakaran wakil Bureau of Royal Rainmaking And Agricultural Aviation dari Thailand, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata meskipun kadar hujan diterima di kawasan empangan sedikit, namun kerjasama dengan biro berkenaan berjaya meningkatkan keberkesanan kadar hujan diterima.

benih-awan“Kita berusaha mendapatkan khidmat mereka untuk tempoh lebih panjang bagi menjalankan pembenihan awan sepanjang musim kering ini seperti yang mereka lakukan di Utara Thailand,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, dekat sini hari ini.

Terdahulu, kerajaan pusat memutuskan operasi pembenihan awan di kawasan tadahan air di Selangor dan Kuala Lumpur akan diteruskan setiap hari walaupun catuan air di Lembah Klang berakhir April lalu.

Walaupun paras air di empangan semakin meningkat, namun langkah itu disifatkan sebagai persediaan bagi menghadapi kemarau bermula Jun hingga Ogos.

Usaha memulihkan bekalan air mentah perlu dilakukan secara berterusan supaya krisis bekalan air tidak meruncing kelak.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.