Categories
NASIONAL

Dr Muhaya: Pengeluar fesyen Muslimah pastikan pakaian direka tepati syariah

SHAH ALAM, 14 JUN: Pengeluar fesyen muslimah patut memainkan peranan penting dalam memastikan pakaian yang direka dan dijual menetapi ciri fesyen seorang muslimah.

Penceramah motivasi, Prof Dr Muhaya Mohamad, berkata Wanita muslimah juga harus mendahulukan tuntuan syarak dalam aspek pemakaian bagi memastikan pakaian mereka mencerminkan keperibadian muslimah sebenar

prof dr muhaya“Kalau boleh, buat fesyen kerana Allah. Kejarlah untung di akhirat daripada untung di dunia kerana orang yang mengejar akhirat pasti akan dapat dunia sekali,” katanya.

Menurut beliau, terdapat wanita muslimah yang sanggup berbelanja besar semata-mata untuk mengikuti trend fesyen terkini sehingga terlupa tujuan sebenar berhijab dan menutup aurat.

“Alangkah ruginya wang yang dibelanjakan, kalau niat adalah untuk kecantikan dan pandangan manusia dan bukannya kerana Allah, kerana hijab bukan sahaja di luaran tetapi juga di dalam hati,” katanya dipetik Bernama.

Menurutnya, ada juga golongan wanita muslimah yang berhijab tetapi tidak menjaga aurat di tempat lain serta mengabaikan kewajipan lain seperti solat dan puasa.

“Bercantik itu sederhana. Islam menggalakkan kesederhanaan dan sebaiknya kita pakai bukan untuk tampak anggun semata-mata tetapi untuk sopan dan menjaga aurat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.