Categories
NASIONAL

Edaran akhbar kumpulan NSTP merosot, terjejas teruk

SHAH ALAM 5 JUN: Edaran akhbar dalam Kumpulan The New Straits Times merosot teruk bagi tempoh separuh kedua tahun lepas, demikian menurut angka yang dikeluarkan oleh Audit Bureau of Circulations Malaysia (ABC).

Menurut angka yang dikeluarkan hari ini, jumlah nashkah akhbar-akhbar kumpulan tersebut yang dijual di Malaysia Barat merosot lebih daripada 260,000 nashkah dari Jun hingga Disember 2013.

NSTPKiniBiz melaporkan, edaran akhbar New Straits Times mengalami kemorosotan terbesar – merosot 32.78 peratus atau hampir 37,885 nashkah dari bulan Jun hingga Disember 2013.

Edaran edisi Ahad, New Sunday Times, juga merosot kira-kira 25 peratus kepada 98,776 salinan pada Disember 2013.

Edaran akhbar berbahasa Melayu kumpulan tersebut, Berita Harian dan Harian Metro juga merosot, masing-masing kira-kira 25 peratus dan 11 peratus.

Harian Metro pernah muncul sebagai akhbar berbahasa Melayu yang paling tinggi edarannya.

Pada bulan Disember 2013, edarannya ialah 342,689 nashkah, manakala jumlah edaran edisi Ahadnya merosot sebanyak 10 peratus.

Manakala edisi Berita Harian Ahad merosot lebih 26,000 nashkah (14 peratus).
Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, pula memperlihatkan prestasi yang lebih baik daripada kumpulan NSTP.

Edarannya merosot pada kadar yang lebih rendah, sebanyak 6.3 peratus (12,204 nashkah) dalam separuh kedua tahun lepas.

Edaran bagi edisi Ahad, Mingguan Malaysia pula hanya merosot 1.74peratus berbanding pada bulan Jun, dan jumlah edarannya adalah yang tertinggi bagi akhbar berbahasa Melayu pada Disember 2013.

Manakala edaran bagi akhbar tabloid keluaran kumpulan Utusan, Kosmo! dan edisi Kosmo! Ahad meningkat sedikit.

Bagi akhbar bahasa Inggeris pula, The Star dan Sunday Star mengekalkan edaranya hampir 300,000 naskhah – meningkat sekitar 1,000 naskhah di antara Jun hingga Disember 2013.

Bagaimanapun, menurut The Star, langganan untuk edisi digitalnya (Epaper) semakin meningkat.

Edaran akhbar perniagaan The Edge pula meningkat daripada 20,720 nashkah pada bulan Jun kepada 24,284 pada hujung tahun lalu – meningkat 17 peratus.

Bagi akhbar berbahasa Cina, China Press mengekalkan edaranya
pada kira-kira 176,000 nashkah di antara bulan Jun hingga Disember 2013.

Bagaimanapun, edaran akhbar Guan Ming Daily merosot 5.4 peratus; Guan Ming Evening Edition (merosot 3.6 peratus), China Press Evening Edition (5.9 peratus), Sin Chew Daily (4.9 peratus) dan Sun Chew Evening Edition (11 peratus).

Menurut KiniBiz pengerusi jawatankuasa audit Margaret Au Yong mendedahkan angka tersebut dalam sidang media di Bandaraya Ho Chi Minh.

Dalam satu kenyataannya, ABC berkata: “Kebanyakan akhbar tidak dapat mengekalkan jumlah edaran selepas separuh tahun pertama 2013 (Januari hingga Jun 2013), iaitu semasa PRU13 (pilihan raya umum 2013).

“Sin Chew (Daily) menjadi akhbar harian nombor satu dengan 366,390 nashkah, diikuti Harian Metro dengan 342,689 nashkah dan The Star dengan 289,611 nashkah.

“Di bawah kategori akhbar percuma dan dikawal, The Sun mencatatkan edaran 305,000 nashkah, Red Tomato (209,599 nashkah) dan Malaysia SME (50,000 nashkah),” ABC dilaporkan berkata.

Leave a Reply

Your email address will not be published.