Categories
SELANGOR

El Nino: Petani perlu kaedah alternatif atasi masalah pencemaran alam sekitar

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 18 JUN: Petani di Selangor diminta menggunakan kaedah alternatif berbanding pembakaran jerami secara terbuka ketika menghadapi fenomena El Nino bagi mengurangkan pencemaran alam sekitar di negeri itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim, berkata walaupun pembakaran terbuka adalah amalan biasa bagi petani sejak turun termurun, namun pendekatan alternatif wajar dilakukan demi mengelak insiden tidak diingini apabila pembakaran dijalankan.

Beliau berkata, kalangan petani khususnya di Sekinchan yang dikenali sebagai Jelapang Padi Selangor dilihat sudah mula mempraktikkan cara lain berbanding amalan tradisional.

benih_padi_KSelangor_hires-WEB BARU“Fenomena El Nino memang berlaku setiap tahun khususnya pada pertengahan tahun. Pembakaran jerami secara terbuka oleh petani memang satu amalan biasa, namun dengan inisiatif mengurangkan pencemaran dilihat sebahagian besar petani sudah mula keluar daripada amalan tradisional ini.

 

“Antara cara dibuat adalah mengumpulkan jerami sebagai bongkah lalu dibawa ke pusat pengumpulan untuk dijadikan makanan lembu. Tanpa pembakaran, maka pencemaran akibat asap dapat dielakkan,” katanya kepada Selangor Kini, di lobi Dewan Annex, di sini, semalam.

Suee Lim berkata, pembakaran terbuka akan tetap dilakukan dan tidak dapat dihindari tetapi petani akan dididik supaya menggurangkannya pada tahap minima.

ng suee lim dun red hands 02Katanya, kaedah tradisional itu dikatakan mampu menjadikan tanah subur dan menghapuskan serangga perosak di kawasan penanaman padi.

“Kita memang sukar untuk menghentikannya tetapi petani digalakkan guna kaedah alternatif dengan pemantauan dan kawal selia dijalankan Jabatan Alam Sekitar. Keadaan masih pada tahap terkawal dan tidak menjejaskan kawasan sekeliling,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.