Categories
AGENDA ALAM SEKITAR & CUACA NASIONAL

Malaysia dalam fasa peralihan ke monsun barat daya – MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 13 MEI: Cuaca negara kini dalam fasa peralihan iaitu daripada monsun Timur Laut kepada monsun Barat Daya, yang dijangka berakhir pada minggu ketiga Mei, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Jailan Simon.

Beliau berkata, pada peralihan monsun diramalkan berlaku hujan lebat dan ribut petir, bagaimanapun cuaca agak panas di sebelah pagi.

“Sekarang peralihan monsun bermula pada Mac dan dijangka berakhir pada minggu ketiga Mei, jadi bila monsun Barat Daya, hujan dan ribut petir akan mula berkurangan nanti,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Tambah beliau, sekitar bulan Ogos dan September pula dikhuatiri berlaku jerebu rentas sempadan, berikutan angin dari arah Barat Daya.

Ditanya sama ada negara kini berdepan dengan cuaca panas melampau atau El Nino, beliau menafikan perkara berkenaan.

“Keadaan panas sekarang ini bukan luar biasa, setiap tahun macam ini, El Nino pada 2016 cuaca sampai 39 darjah Celsius, tapi untuk tahun ini paling tinggi sekitar 37 darjah Celsius, dan hampir kepada 38 darjah Celsius iaitu hanya di Kedah dan Perlis,” kata Jailan.

Kelmarin, suhu hanya mencatatkan 34 darjah Celcius dan hanya sesetengah tempat menunjukkan bacaan 35 darjah Celsius, katanya.

-BERNAMA

Categories
SELANGOR

El Nino belum berakhir – Elizabeth

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 5 MEI: Hujan yang semakin kerap melanda di kebanyakan tempat termasuk Selangor tidak bermakna berakhirnya fenomena El Nino, kata Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong.

Sebaliknya, beliau berkata, taburan hujan yang banyak sejak kebelakangan ini hanya bersifat sementara apabila berlakunya peralihan monsun sebelum berubah menjadi monsun barat daya.

Elizabeth Wong Komen Khaled Nordin“El Nino belum berakhir, tetapi hanya peralihan monsun sejak akhir April. El Nino dijangka berlarutan hingga Jun. Ketika ini berlaku peralihan monsun yang hanya sementara sebelum tiba monsun barat daya.

“Bila peralihan monsun akan ada sedikit hujan dan kemudian akan menjadi monsun barat daya,” katanya kepada SelangorKini di sini, hari ini.

Katanya, peralihan monsun yang berlaku ketika ini sedikit sebanyak meredakan cuaca panas ekoran fenomena El Nino dan sekali gus memberi kesan positif terhadap risiko kebakaran hutan.

Bagaimanapun, Elizabeth berkata, angin monsun barat daya kurang membawa hujan dan menjadikan musim kering.

-AA-

Categories
NASIONAL

El Nino: Malaysia alami lebih kerap dua tahun sekali

SHAH ALAM 3 MEI: Malaysia bakal mengalami fenomena El Nino lebih kerap iaitu dua tahun sekali dalam tempoh beberapa tahun akan datang berikutan faktor pemanasan global yang semakin serius.

Pensyarah Kanan Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam Universiti Malaysia Pahang (UMP), Dr Nurul Nadrah Aqilah Tukimat, berkata keadaan itu berlaku berikutan peningkatan suhu dunia semakin drastik, antaranya disebabkan peningkatan gas karbon dioksida ke udara.

“Jika kita lihat pada 1980 sehingga 1988, fenomena ini berlaku empat tahun sekali. Tetapi dalam tempoh 1998 hingga 2015, keadaan ini boleh dikatakan berlaku lebih kerap iaitu tiga tahun sekali tidak kiralah dalam keadaan lemah, sederhana, mahu pun kuat.

el-nino-foto“Contohnya pada 2012, kita lihat pembentukan fenomena ini telah ada walaupun ia tidak sampai ke Malaysia, dan pada 2014 ia berada dalam keadaan lemah dan kemudiannya menjadi kuat tahun ini, menyebabkan kita mengalami cuaca panas yang melampau.

“Berdasarkan pola itu, jelas kita lihat pembentukan El Nino dua tahun sekali semakin hampir berlaku,” katanya dipetik BERNAMA.

Nurul Nadrah Aqilah berkata fenomena El Nino atau ‘the boy’ pada masa kini berkait rapat dengan pemanasan global akibat pelbagai faktor seperti pembangunan, pembebasan gas karbon dioksida oleh peningkatan penggunaan kenderaan selain kesan rumah hijau.

“Jika kita lihat suhu global pada Disember tahun lepas, ia mencatatkan kenaikan paling drastik dalam tempoh 120 tahun iaitu satu darjah celcius berbanding hanya 0.2 darjah celcius hingga 0.6 darjah celcius sebelum ini.

“Malah pada Februari lepas, Global Average Temperature (GAT) yang dikeluarkan oleh sebuah badan mengkaji cuaca di Amerika Syarikat iaitu National Oceanic and Atmmospheric Administration (NOAA) turut merekodkan peningkatan suhu dunia +1.2 darjah celcius.

“Sebab itu, Monsun Timur Laut yang sepatutnya membawa kuantiti hujan yang banyak ke negara ini pada Disember dan Januari lepas, menjadi lemah akibat pembentukan El Nino,” katanya.

Selain itu, katanya, kajian dijalankan GAT juga mendapati suhu normal negara pada akhir abad 21 nanti dijangka boleh mencecah di antara 35 darjah celcius hingga 38 darjah celcius yang menyamai suhu Malaysia ketika mengalami El Nino ketika ini.

Mengikut kelazimannya, katanya fenomena El Nino sebelum ini berlaku empat hingga tujuh tahun sekali dan ia terjadi apabila arus laut panas menggantikan arus laut sejuk di luar pantai barat Peru, Amerika Selatan.

Nurul Nadrah Aqilah berkata, penduduk di kawasan bandar terutamanya amat terasa dengan bahang El Nino kerana tiupan angin yang terhalang dengan ketidakaturan binaan bangunan selain ketiadaan pokok dan kawasan hijau yang dapat menyerap haba panas.

“Mungkin banyak pihak tertanya-tanya mengapa negara terpaksa berhadapan cuaca panas melampau sedangkan Malaysia negara terletak di garisan Khaltulistiwa sepatutnya mengalami panas dan lembab sepanjang tahun.

“Secara normalnya, negara ASEAN kawasan bertekanan rendah berbanding Amerika. Namun disebabkan El Nino ini, keadaan berubah menyebabkan angin sejuk dari kawasan Papua New Guinea pergi ke Amerika dan angin panas pula ke kawasan ASEAN menyebabkan kita mengalami cuaca panas.

“Keadaan ini menyebabkan kita mengalami impak kekurangan hujan mengakibatkan masalah kekurangan bekalan air seperti dialami negeri di utara Malaysia,” jelas beliau.

Mengenai masalah bekalan air, beliau mencadangkan pihak berkenaan memperkemaskan lagi sistem pengurusan air termasuk dengan membina empangan sekunder bagi menampung lebihan air semasa musim tengkujuh.

Beliau berkata kebiasaannya, air berlebihan tidak dapat ditampung oleh empangan semasa keadaan hujan lebat berterusan, hanya dilepaskan ke sungai sedangkan ia sewajarnya disimpan di empangan sekunder untuk menampung keperluan semasa musim kemarau.

Dalam masa sama, katanya kerajaan perlu mempertimbangkan penggunaan ‘evaloc’ digunakan secara meluas di India untuk mengurangkan kadar pengewapan yang tinggi di empangan di negara ini.

EZY

Categories
NASIONAL

El Nino berterusan hingga Mac ini

SHAH ALAM, 29 JAN: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka dan banyakkan minum air bagi mengelakkan hidrasi ekoran cuaca panas melanda negara ketika ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail, berkata cuaca panas melanda negara sejak awal Januari ini dijangka berterusan sehingga Mac ekoran fenomena El Nino.

Datuk-Che-Gayah-Ismail_300Katanya, fenomena itu juga menyebabkan negara tidak dilanda banjir besar semasa musim tengkujuh baru-baru ini seperti mana musim tengkujuh sebelum ini.

“Pada kebiasaannya, keadaan cuaca pada bulan Disember adalah lebih lembap, namun aktiviti monsun yang membawa luruan udara sejuk dari benua China dan Siberia berkurangan menyebabkan kurangnya curahan hujan di negara ini,” katanya memetik Bernama.

Fenomena El Nino kuat ini dijangka boleh menyebabkan pengurangan jumlah hujan antara 20 peratus hingga 60 peratus dan kenaikan suhu sekitar 0.5 °C hingga 2.0°C berbanding biasa.

-AA-

Categories
SELANGOR

El Nino tak jejas sektor pelancongan jika tiada jerebu

OLEH : AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 19 JAN: Kerajaan Selangor bersedia menghadapi fenomena El Nino yang dijangka bermula penghujung Januari hingga April tahun ini.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, berkata sebagai permulaan pihaknya sudah memulakan kerja pembenihan awan sejak dua hari lalu meskipun kapasiti empangan air Selangor mencukupi.

el-nino-foto“Langkah pembenihan awam yang kita mulakan untuk melembabkan tanah dan kawasan sedia ada.

“Tahun lepas juga El Nino dijangka berlaku namun ia dipanggil El Nino lemah. Namun kemarau panjang dua tahun lalu yang kita alami merupakan pengalaman pahit dan memberikan pengajaran berguna kepada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai persediaan Kerajaan Negeri bagi menghadapi fenomena El Nino.

Jelasnya, El Nino yang dijangka berlaku tidak akan menjejaskan sektor pelancongan kerana ia hanya cuaca panas namun beliau mengharapkan tiada pembakaran hutan berlaku dalam tempoh berkenaan.

“Jika berlaku pembakaran, ia bukan sahaja menjejaskan sektor pelancongan bahkan melibatkan isu kesihatan.

“Kita harap dapat mengawal aktiviti pembakaran namun ia turut bergantung juga kepada negara jiran,” katanya.

EZY

Categories
KENYATAAN MEDIA

El-Nino: Persediaan Selangor hadapi kesan musim kering

OLEH : Zaidy Abdul Talib

Fenomena El Nino dijangka akan melanda Negara bermula Januari sehingga Mac tahun ini. Suhu negara dijangka akan meningkat sehingga dua darjah Celsius yang akan melanda semenanjung serta Sabah dan Sarawak pada hujung bulan ini.

Kerajaan Negeri Selangor bersedia dengan beberapa langkah mitigasi untuk menghadapai kekurangan taburan hujan sehingga 60% yang akan mengakibatkan kesan musim kering yang akan melanda.

Justeru beberapa inisiatif telah dan akan terus dilaksanakan untuk memastikan kesinambungan bekalan air serta kesediaan sumber air seperti berikut :

a. Melaksanakan operasi pembenihan awan (cloud seeding) seperti yang telah dilaksanakan pada tahun lepas di beberapa kawasan tadahan dan lembangan sungai bagi meningkatkan kuantiti sumber air. Pelaksanaan operasi bagi tahun 2016 akan bermula di dalam masa yang terdekat.

empangan Selangprb. Meneruskan dan menguruskan operasi pengepaman air dari kolam takungan di sekitar Bestari Jaya tanpa mengabaikan soal kualiti sumber air tersebut.

Operasi pengepaman telah bermula pada 8 Januari yang lalu dengan jumlah pengeluaran sebanyak 200 juta liter sehari (JLH). Jumlah pengeluaran ini akan ditingkatkan lagi dengan berfasa daripada 10 kolam yang digunakan.

c. Mengawal pelepasan air empangan bagi memastikan pelepasan dilaksanakan secara optimum dengan mengambil kira sumber air sedia ada. Berdasarkan perkiraan sumber air sedia ada dan jumlah pelepasan maksimum tanpa hujan bagi setiap empangan.

Anggaran jangka hayat takungan empangan sehingga ke tahap simpanan kritikal adalah 106 hari bagi Empangan Klang Gates, 80 hari bagi Empangan Langat, 220 hari bagi Empangan Tasik Subang, 189 hari bagi Empangan Batu, dan 229 hari bagi Empangan Semenyih.

Manakala dengan pelepasan maksimum 1200 JLH, Empangan Sg. Selangor dapat bertahan sehingga 134 hari dan Empangan Sg. Tinggi selama 67 hari dengan pelepasan maksimum 1000 JLH.

d. Pengepaman air daripada Empangan Semenyih ke Langat yang dianggarkan sebanyak 70 JLH untuk memastikan sumber air mencukupi bagi loji pembersihan air (LPA) Sg. Langat dan mengurangkan kebergantungan kepada pelepasan air daripada Empangan Langat.

e. Menyalurkan air dari terowong Langat 2 ke Sg. Langat yang bertujuan untuk memberdaya ketahanan Sg. Langat untuk LPA Sg. Langat, Bukit Tampoi dan Cheras Batu 11. Penyaluran sebanyak 300 JLH ini akan diaktifkan apabila kapasiti Empangan Langat mencecah 45%.

f. Menyediakan sumber air tambahan melalui 2 kolam warta orang asli di kawasan Hulu Langat untuk kegunaan LPA Bukit Tampoi bagi memastikan kelangsungan bekalan air daripada loji tersebut dan mengelakkan pencemaran akibat peningkatan parameter Mangan dan Ammonia di dalam sungai.

g. Mengadakan kerjasama erat antara agensi Kerajaan Negeri Selangor untuk memantau dan mengawal bagi mengelakkan berlakunya pencemaran sumber air.

h. Penguatkuasaan yang tegas melalui pemantauan yang berterusan di sepanjang sungai yang terlibat dalam pembekalan air mentah iaitu Sungai Selangor, Sungai Langat dan Sungai Semenyih termasuk semasa waktu cuti dan musim perayaan.

paras empanganSehingga 12 Januari 2016, kapasiti takungan semua empangan Negeri Selangor berada di dalam keadaan baik melebihi paras 70%. Berikut adalah status semasa kapasiti ketujuh-tujuh empangan Negeri sehingga 12 Januari 2016;

Empangan Sg. Selangor : 100%
Empangan Sg. Tinggi : 91.03%
Empangan Sg. Semenyih : 99.70%
Empangan Sg. Langat : 74%
Empangan Batu : 92.58%
Empangan Klang Gates : 98.52%
Empangan Tasik Subang : 99.58%

Kerajaan Negeri Selangor yakin dengan keupayaan takungan empangan untuk menyediakan sumber air mentah yang mencukupi sepanjang musim kering yang bermula pada bulan Januari ini.

Kapasiti empangan terkini menunjukkan paras yang lebih tinggi berbanding tempoh masa yang sama pada tahun lepas.

Contohnya pada 12 Januari 2015, paras Empangan Sungai Selangor mencatatkan bacaan pada 75.86% berbanding pada tarikh yang sama tahun ini berkapasiti penuh 100%.

Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Tinggi adalah merupakan empangan utama dalam pembekalan air di Negeri Selangor iaitu meliputi 60% daripada jumlah pembekalan air di seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Berdasarkan rekod, penggunaan air per kapita bagi rakyat di Negeri Selangor adalah pada kadar yang tinggi iaitu sebanyak 235 liter sehari.

Kerajaan Selangor menyeru semua pengguna supaya mengurangkan per kapita penggunaan air setiap isi rumah. Ini adalah juga salah satu langkah untuk memastikan kelangsungan bekalan air di pihak pengguna.

Dengan langkah-langkah yang dilaksanakan seperti di atas, Kerajaan Negeri Selangor yakin bahawa bekalan air di Negeri Selangor dapat dibekalkan kepada pengguna secara berterusan.
* Zaidy Abdul Talib adalah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan
Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian, dan Industri Asas Tani Selangor

Categories
NASIONAL

EL Nino: Kerajaan Perlis mungkin catu air

KANGAR 12 JAN: Kerajaan Perlis mungkin mencatu bekalan air jika kemarau akibat fenomena El Nino yang melanda negara sekarang berlanjutan, kata Pengerusi Jawatankuasa Sumber Asli dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Mat Rawi Kasim.

Menurut beliau catuan tidak dapat dielakkan sekiranya paras air di Empangan Timah Tasoh dan sungai yang menyusut sejak dua minggu lepas terus susut.

Perlis“Penduduk Perlis diminta bersedia jika catuan terpaksa dibuat dan berjimat menggunakan air,” katanya dipetik Bernama.

Sumber utama air penduduk di selatan Perlis diperolehi dari sungai dan terusan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) manakala di utara Perlis menerima bekalan dari Empangan Timah Tasoh.

Mat Rawi berkata kali terakhir Perlis dilanda kemarau teruk pada pertengahan tahun 70-an semasa Empangan Timah Tasoh belum dibina.

Sehubungan itu beliau meminta Syarikat Air Perlis (SAPs) membuat pemantauan menyeluruh di seluruh negeri untuk mengesan dan membaiki paip-paip yang bocor dengan segera.

Beliau mengingatkan orang ramai tidak melakukan pembakaran terbuka dalam keadaan kemarau sekarang bagi mengelak api merebak dengan cepat dan memerlukan banyak air untuk memadamkannya.

Jabatan Meteorologi meramalkan Perlis dan Kedah paling teruk menerima ancaman El Nino yang berkemungkinan berlarutan hingga penghujung April ini.

EZY

Categories
SELANGOR

El Nino: Selangor ada alternatif hadapi kekurangan air

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 12 JAN: Kerajaan Negeri sentiasa proaktif dalam menangani masalah bekalan air terutamanya bagi menghadapi musim kering akibat fenomena El Nino ketika ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Amin Ahmad Ahya berkata pihaknya sentiasa berbincang dan melihat perkara itu dari masa ke semasa untuk mengelakkan catuan air seperti sebelum ini.

el-nino-fotoKatanya, Kerajaan Negeri mempunyai projek mitigasi antaranya projek Labuhan Dagang yang boleh mengatasi masalah bekalan air di negeri itu.

“Tidak ada jaminan dan saya tidak boleh bagi jaminan catuan air. Namun, buat masa ini bekalan air mencukupi untuk penduduk Lembah Klang.

“Kita mempunyai jawatankuasa untuk melihat keadaan keperluan air di negeri Selangor setiap hari. Buat masa ini keperluan air masih mencukupi.

“Buat masa ini kita gunakan kolam yang ada di Kuala Selangor untuk bekalkan air mentah untuk diproses,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sistem E-Pelelong, di Ballroom Dewan Jubli Perak, di sini.

Sebelum ini, Menteri Besar, Dato’ Mohamed Azmin Ali berkata projek Mitigasi 2 dibina bagi mengelakkan krisis bekalan air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Projek itu membabitkan pembinaan dua loji rawatan air di Labuhan Dagang, Kuala Langat dan Semenyih 2 bagi menampung permintaan pihak industri dan pengguna domestik.

EZY

Categories
NASIONAL

Kes denggi dijangka naik 50% ekoran El Nino

SHAH ALAM 12 JAN : Fenomena El Nino yang melanda negara ini boleh menyebabkan peningkatan kes denggi sehingga 50 peratus berikutan cuaca panas, kering dan suhu tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata fenomena itu dijangka berterusan sehingga Mac ini di seluruh negara, akan menyebabkan kitaran hidup nyamuk Aedes daripada telur ke peringkat nyamuk dewasa semakin singkat iaitu kurang dari tujuh hari, sekali gus menyebabkan populasi nyamuk meningkat.

DENGGI GRAFIK“Selain itu, suhu panas menyebabkan nyamuk lebih aktif dan frekuensi menggigit mangsa adalah tinggi selain penyebaran virus lebih meluas.

“Situasi akibat fenomena El Nino memberi kesan tabiat vektor dan masyarakat, dan pada tahun ini, ia dijangka berupaya menyebabkan peningkat kes denggi sehingga 50 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya fenomena El Nino menyebabkan hujan berkurangan dan isu bekalan air berlaku, yang memaksa masyarakat menakung air bagi menampung bekalan air harian.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya memastikan tiada pembiakan Aedes di kawasan mereka.

EZY

Categories
NASIONAL

Fenomena El Nino kategori ‘kuat’ melanda, suhu meningkat hingga 2 darjah celsius

SHAH ALAM 11 JAN : Fenomena El Nino kini dikategorikan sebagai ‘kuat’ dan dijangka suhu negara meningkat antara 0.5 dan dua darjah celsius.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Datuk Che Gayah Ismail, berkata kekerapan hujan negara dijangka berkurangan antara 20 hingga 60 peratus bermula bulan ini ekoran fenomena itu.

Beliau berkata impak El Nino yang kuat itu berterusan sehingga April dengan negeri di utara Semenanjung sudah mula menerima kesan fenomena itu.

el-nino-fotoImpak El Nino kuat itu turut dirasai semua negeri di Semenanjung, Sabah serta Bahagian Miri dan Limbang di Sarawak menjelang hujung bulan ini, katanya dipetik Bernama.

“Kalau kita lihat rekod, suhu maksimum negara semasa dilanda El Nino pernah mencecah 40.1 celsius pada 1998.

“Oleh itu pihak kami tidak menolak kemungkinan situasi yang sama bakal berulang,” katanya.

El Nino adalah fenomena pemanasan suhu permukaan laut yang berlaku dalam tempoh enam bulan berturut-turut setiap dua hingga empat tahun di timur Lautan Pasifik.

Ia boleh menyebabkan rantaian perubahan iklim berlaku di seluruh dunia dan antara kesannya ialah hujan lebat di sesetengah kawasan, sementara di kawasan lain, berlaku kemarau berpanjangan.

Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan kenyataan pada Disember 2015 menyatakan fenomena El Nino yang sedang melanda seluruh dunia, yang bermula sederhana dan setempat di Pasifik pada akhir 2015, kini meningkat meliputi sebahagian besar Asia dan Pasifik.

Fenomena itu juga mendatangkan kesan besar seperti di tengah dan selatan India, tengah dan timur laut Thailand, tengah dan selatan Filipina, utara Kemboja, timur Indonesia, Papua New Guinea dan kebanyakan negara kepulauan Pafisik.

EZY

Categories
SELANGOR

Siap sedia hadapi El-Nino, pantau kawasan mudah terbakar

Oleh: NORHAYATI UMOR

BESTARI JAYA, 2 JUN: Persiapan bagi menghadapi fenomena El Nino yang dijangka bermula pertengahan tahun ini dipertingkatkan khususnya di kawasan mudah terbakar.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong berkata ia menerusi pelan tindakan bagi menghadapi fenomena itu khususnya kebakaran tanah gambut di sekitar negeri.

Pelancaran Hari hutan 2015 YB Elizzabeth Wong di Hutan Raja Musa (3) (1)“Tahun ini dijangka berlaku fenomena El-Nino yang bakal melanda Asia Pasifik jadi persiapan kita hadapi fenomena ini diteruskan dan diperhebatkan,” katanya kepada SelangorKini.

Sebelum ini, Kerajaan Selangor membelanjakan RM1.04 juta bagi membeli teknologi terkini untuk memadam kebakaran terbuka melibatkan tanah gambut, Peat Firex bagi memastikan ia dapat dikawal lebih awal sebelum merebak lebih luas.

Katanya, jawatankuasa khas diaktifkan pada bila-bila masa bersama dengan semua agensi dalam menghadapi kebakaran hutan paya gambut.

“Kita mahukan gerak kerja cepat melalui jawatankuasa ini agar dapat mengelakkan kebakaran yang lebih teruk lagi.

“Kita juga mengambil pelbagai cara antaranya memasang saluran paip air kira-kira lima kilometer untuk memudahkan kebakaran dapat dipadam.

“Kita juga membuat prosedur operasi standard (SOP) untuk memasuki kawasan kebakaran dengan cepat. Jika dibandingkan dengan tujuh tahun lepas, kita sudah lakukan banyak penambahbaikan,” katanya.

Sebelum ini, Biro Ramalan Cuaca Australia memberi amaran fenomena El Nino, yang boleh mencetuskan suhu melampau membawa maut, akan mencapai kemuncaknya tahun ini selepas bermula di Pasifik.

Ia adalah kemunculan pertama sistem cuaca itu dalam masa lima tahun.

El Nino dijangka bermula pada 2014 dan pegawai berkata ia ‘hampir terlepas’ tetapi kini melanda Pasifik buat kali pertama sejak Mac 2010 bagi tahun ini.

EZY

Categories
SELANGOR

Letak 20 pam di 9 kolam, persediaan Selangor hadapi El Nino

SHAH ALAM, 25 JUN: Sebanyak 20 pam di sembilan kolam sumber air diletakkan sebagai langkah persediaan Kerajaan Negeri dalam menghadapi fenomena El Nino yang dijangka berlarutan hingga September ini.

Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata Kerajaan Negeri melalui koordinator Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengarahkan pengepaman keluar air ke Sungai Selangor dan empangan sejak seminggu lalu berdasarkan keperluan meningkat dan keadaan cuaca yang mendesak.

Lawatan YB Empangan Sg. Sel_3Katanya, pengeluaran awal adalah sekitar 400 juta liter sehari (JLH) kemudian meningkat kepada 650 JLH dan perkiraan kapasiti adalah bergantung pada paras air di sungai atau empangan.

“Untuk air yang dipam keluar ke empangan mengambil masa sekitar 20 jam untuk sampai. Maksimum pengepaman air boleh mencecah kepada 800 JLH, namun setakat ini 650 JLH sudah mencukupi,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.

Sehubungan itu, Yunus berkata, ketika ini bekalan yang ada dijamin mencukupi untuk tempoh empat hingga lima bulan lagi.

“Jadi, rakyat tidak perlu bimbang jika kapasiti yang ada sekarang ini tidak cukup, kita akan tingkatkan lagi,” katanya.

Dalam laman sesawang LUAS, bagi tiga minggu pada bulan ini tidak menunjukkan kenaikan paras empangan kecuali Empangan Semenyih dengan kadar sekitar satu hingga tiga peratus sahaja.

yunusBagaimanapun, lima empangan iaitu Batu, Klang Gates, Langat, Sungai Selangor dan Tasek Subang menyaksikan penurunan bagi tiga minggu iaitu satu hingga empat peratus.

Manakala, bagi empangan Sungai Tinggi pula, pada minggu pertama bacaan dicatatkan sekitar 70.93 peratus tetapi turun ke paras lebih rendah dari minggu pertama iaitu 68.93 peratus.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri menggunakan air lombong bagi menyelesaikan catuan air yang berlaku pada Februari lalu dengan mengalirkan air lombong ke sungai.