Categories
NASIONAL

Fuziah, Surendran diarah keluar Dewan Rakyat

SHAH ALAM, 17 JUN: Dua Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Surendran (Padang Serai) dan Fuziah Salleh (Kuantan) diarahkan keluar dari Dewan Rakyat selepas mengingkari nasihat Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Memetik BERNAMA, Fuziah diarah keluar apabila beliau mempersoalkan kewajaran penolakan usul membahaskan isu Lesen Operasi Sementara (TOL) berkenaan projek Lynas.

fuziahsallehKetika Pandikar sedang memberi penjelasan, Surendran pula bangun mencelah dan meminta Speaker Dewan Rakyat itu menjelaskan mengapa usul itu ditolak.

Apabila Surendran mengingkari arahan untuk duduk, Pandikar berkata: “Ahli yang berhormat Padang Serai, saya buat keputusan yang berhormat.

“Yang Berhormat, saya tahu Yang Berhormat apabila berdiri berkenaan petisyen terpaksa juga rujuk ‘point of order 14F’.

20130623_PKR_Padang_Serai_N_Surendran“Oleh kerana Padang Serai dan Kuantan enggan mematuhi arahan, maka sekarang ini saya arahkan Yang Berhormat keluar dari Dewan,” katanya.

Arahan Pandikar itu mengakibatkan suasana di dalam Dewan Rakyat menjadi kecoh seketika.

Ini adalah kali keempat Surendran diusir daripada persidangan Dewan Rakyat dan semalam (17 Jun) hari pertama beliau menghadiri persidangan selepas penggantungan enam bulan, pada November 2013.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.