Categories
SELANGOR

Pertukaran MB, pemimpin PR perlu peka kehendak rakyat

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 23 JUN: Isu pertukaran Menteri Besar Selangor yang dibangkitkan beberapa pihak tidak wajar hanya mengambil pandangan kelompok tertentu dalam membuat keputusan berkenaan.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Samad, berkata pandangan rakyat juga perlu diambil kira dan bukan hanya pandangan pemimpin politik dalam isu itu.

Katanya, seharusnya pimpinan politik perlu turun ke bawah untuk mendapatkan pandangan sebenar di peringkat akar umbi.

Iskandar Lawatan Tapak Projek RMM 02“Jangan sama sekali hasrat rakyat biasa diketepikan. Mereka juga mempunyai hak kerana Menteri Besar bukan sahaja milik orang politik tetapi juga milik seluruh rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas gesaan pihak tertentu yang mahu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ditukar.

Kenyataan Iskandar memperlihatkan PAS Selangor masih memberi sokongan penuh kepada Abdul Khalid  dan ia berbeza dengan apa yang dinyatakan Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Jaafar Sulaiman yang mendakwa beberapa pemimpin PAS negeri itu tidak lagi menyokong menteri besar.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS negeri berkata, parti politik turun merayu kepada rakyat untuk mendapatkan sokongan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Sehubungan itu, katanya, kini sangat adalah wajar mendapatkan pandangan rakyat terutama membabitkan perubahan besar seperti pertukaran Menteri Besar.

“Jika rakyat tidak merestui pertukaran berlaku, maka kesannya akan diterima pada PRU akan datang. Pakatan Rakyat harus mesra rakyat dan ini termasuk peka kepada kehendak mereka.

“Biar pandangan semua kelompok dan rakyat diambil kira, bukan hanya kumpulan tertentu sahaja,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.